Muhyiddin perlu sedar diri dan tak perlu mengungkit.. – TPM

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi menasihati bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya sedar diri agar tidak mengungkit perkara yang sudah berlalu.

Zahid berkata, beliau menghormati dan memahami perasaan bekas perdana menteri itu, namun beliau mahu Muhyiddin berhenti dari mengungkit benda yang berlalu yang akan merosakkan parti.

Jelas Zahid, apa yang telah berlalu tidak perlu diungkit kembali oleh Muhyiddin kerana benda yang lepas tak dapat kembali semula dan apa yang diperlu dilakukan Muhyiddin adalah meneruskan perjuangan untuk mengukuhkan parti.

“Saya fikir dalam politik hakikat menjaddi elemen utama dalam menentukan kedudukan seseorang. Saya hormati apa yang beliau lontarkan dan saya juga hormati perasaan beliau.

“Namun saya fikir, realiti yang harus dihadapi, kita tidak perlu bernostalgia terhadap sesuatu yang pernah berlaku tapi tidak menjadi realiti,” kata Zahid dalam sidang media di Dataran Merdeka.

Justeru itu, beliau mahu Muhyiddin yang masih memegang jawatan Timbalan Presiden Umno supaya memberi sokongan kepada Presiden parti walaupun beliau tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam kabinet.

Zahid berkata, Muhyiddin tidak perlu mengungkit perkara yang telah berlalu, sebaliknya beliau perlu memberi sokongan kepada Presiden bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang bagi mengekalkan Umno sebagai parti peneraju negara.

“Kita harus berikan dokongan terhadap kepimpinan yang ada sekarang ini kerana itulah yang ditentukan rakyat dalam pilihan raya umum (PRU) lalu,” katanya.

Zahid berkata demikian susulan Muhyiddin mengatakan dirinya menjadi pilihan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika proses peralihan kuasa berlaku selepas pilihan raya umum 2008.

Sejauh manakah kebenaran bahawa Muhyiddin menjadi pilihan Mahathir ketika proses peralihan kuasa berlaku?? Jika benar beliau menjadi pilihan Mahathir mengapa ketika itu beliau tidak menerima tawaran Mahathir untuk menjadikan dirinya sebagai Perdana Menteri sebaliknya memberi tawaran tersebut kepada Najib??

Persoalan kini, mengapa Muhyiddin perlu mengungkit kembali bahawa dirinya menjadi pilihan Mahathir untuk menggantikan Pak Lah?? Rasanya sebagai seorang pemimpin, sifat ungkit mengungkit tidak perlu ditanam didalam diri mereka. Adakah pemimpin seperti ini yang menjadi kebanggaan ahli-ahli Umno Johor???

Jika Muhyiddin mengatakan dirinya lebih layak menjadi Presiden Umno dan juga lebih layak menjadi Perdana Menteri kerana dirinya menjadi pilihan Mahathir, adalah lebih baik beliau mencalonkan dirinya untuk bertanding dalam pemilihan Umno yang akan datang.

Rasanya ini merupakan jalan terbaik dan keputusan dari pertandingan itu nanti pasti akan memutuskan siapa yang benar-benar layak memegang jawatan tertinggi itu.- Utaranews.com

2 thoughts on “Muhyiddin perlu sedar diri dan tak perlu mengungkit.. – TPM

  • 26/10/2015 at 3:59 am
    Permalink

    BIASANYA ORANG REDHA BEGITULAH PERANGANGAINYA.

    Reply
  • 26/10/2015 at 7:53 pm
    Permalink

    UMNO JOHOR & AHLI2 UMNO JOHOR BERLEPAS TANGAN DENGAN KENYATAAN DAN PERANGAI HODOH MUHYIDDIN YASSIN. ADMIN KENA INGAT DAN AMBIL TAHU , BUKAN SEMUA ORG MELAYU JOHOR SUKA DAN SOKONG MUHYIDDIN NI.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *