Perangai buruk Wanita Malaysia jadi PUNCA Jualan Gudang Vincci Dibatalkan

Baru-baru ni kan Vincci ada heboh diorang ada buat jualan gudang di Glenmarie Shah Alam bermula pada 2 Oktober sampai 4 Oktober tapi terpaksa dibatalkan kerana keadaan terlalu sesak dan demi faktor keselamatan.

Promosi tu yang menjadi perhatian ribuan perempuan yang berkerumun sanggup berpanas terik demi nak dapatkan kasut Vincci berharga RM 15 hinggit. Sapa yang tak mau kan, selalu di jual berpuluh-puluh hinggit. Sekarang dah ada offer gila-gila cenggini sapa tak mau rebut kan???

Korang tengok gambar di atas ni, ada yang sampai sanggup panjat pagar dan tembok tinggi semata-mata nak masuk ke dalam. Memang gila diorang ni!! Kalau jatuh tu tak pasai-pasai patah kaki pula.

Memang ramai gila la, patut la pihak Vincci batalkan sebab dah tak terkawal. Huuhhuuuhuu.. Kalau teruskan tu agak-agaknya kat dalam jadi cerita lain pula la. Dok lawan rebut kasut, silap-silap dok bertomoi kat dalam semata-mata nak rebut kasut yang dijual dengan harga murah tu.

Perempuan memang tak dapat dipisahkan dengan dunia shopping ni, lebih-lebih lagi kalau ada buat sales gila-gila, memang tak kan lekat la kat rumah. Sanggup sesak-sesak demi nak dapat barang yang digilai. Hihhhiiii.. MissHana/Utaranews.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *