A.Aida Tak Kisah Drama Hello Mr.Perfect Dikritik, Janji Duit Masyuk

Drama ‘Hello Mr.Perfect’ di slot akasia TV3 telah pun tamat pada selasa lalu.. Berdasarkan pemerhatian Miss A, drama ini adalah yang paling banyak dapat kritikan sebabkan lakonan pelakon heroin Nur Ruhainies yang dianggap ‘kayu,’ dan jalan cerita yang membosankan..

Malah lagu tema ‘Sorry Sorry Sayangku’ pun mendapat hentaman, didakwa tiru lagu orang Korea.. Walaupun macam-macam kritik yang diterima, bagi penerbit drama A.Aida, dia tak kisah drama dikritik dan menganggap itu semua perkara biasa..

“Saya tidak kisah apa orang nak kata. Apa yang penting drama tersebut meletup dan mendapat sambutan peminat. Menariknya, bukan sahaja drama berkenaan menjadi bualan tetapi lagu temanyanya Sorry Sorry Sayangku yang liriknya dihasilkan saya turut menjadi hit dalam kalangan penonton.

Sejak mula berkecimpung dalam dunia seni, saya percaya kepada rezeki. Lagi dikutuk, saya yakin semakin Tuhan akan menyebelahi saya,” kata A.Aida..

Iyerlah A.Aida tak kisah la, walaupun kena kutuk tapi drama still meletop, duit pun masyuk.. Kalau kena kutuk drama tak meletop, duit tak masyuk.. Miss A rasa dia pun dah tak mahu buat drama-drama yang tak bagi pulangan modal..

Semoga A.Aida akan buat drama yang menampilkan jalan cerita  yang lebih kreatif dan tak buat drama adaptasi novel.. Terbitkan drama yang lebih dekat dengan masyarakat di masa hadapan.. Miss A/UtaraNews.com

One thought on “A.Aida Tak Kisah Drama Hello Mr.Perfect Dikritik, Janji Duit Masyuk

  • November 21, 2015 at 4:05 am
    Permalink

    profesional kak a.aida. teruskan bekarya kak. memang hello mr perfect tak lah bagus mana , tapi komen akak tetapi menunjukkan sikap keterbukaan yg pro boleh terima kritikan peminat.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *