Adik Neelofa Jual Produk Kecantikan Untuk Banyakkan Jerawat?

Sejujurnya memang tak dapat dinafikan industri perniagaan merupakan salah satu cara untuk memperolehi untung yang berlibat kali ganda.. Kalau kena caranya memang apa saja yang korang jual akan laku..

Artis-artis tempatan pun dah banyak yang terjun ke bidang perniagaan.. Yang banyak dilihat bukak bisnes jual tudung.. Kadang-kadang tu bukan pakai tudung pun, tapi nak jugak keluarkan jenama tudung sendiri.. Pelik!

Tapi, antara artis yang terlibat dalam industri perniagaan yang menarik perhatian Miss A ialah Neelofa.. Boleh dikatakan semua ahli keluarga dia pun terlibat bisnes tau! Terbaru,adik Lofa iaitu Atisha Khan.. mula dok berjinak-jinak dalam bisnes produk kecantikan..

Korang pun sedia maklum sendiri, ahli keluarga Lofa ni memang muka cantik-cantik.. So kalau jual produk pun boleh buat muka sendiri la jadi model atau duta.. Produk tu pun diterajui oleh maknya sendiri iaitu Noor Kartini..

Miss A memang tak kisah sangat kalau nak libatkan diri dalam bidang perniagaan.. Rezeki masing-masing la.. Kecik-kecik lagi mana tahu boleh jadi usahawan muda.. Tapi, ada berita yang tak berapa sedap nak dengar pasal prosuk kecantikan yang dikeluarkan adik Lofa ini..

Menerusi laman Instagram milik mak Neelofa ada beberapa pengguna produk kecantikan tu dah tinggalkan feedback negatif lepas gunakan produk.. Beli produk kecantikan mesti la nak cantik, tapi lain pulak jadi bila pakai produk tsya beauty..

Rata-rata maklumkan muka mereka jadi makin teruk bila pakai produk tu.. Fuhh! takut jugak Miss A bila baca komen pengguna produk tu, bukan makin cantik makin buruk pulak muka dorang.. Minta ada penjelasan dari pihak bertanggungjawab.. Miss A/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *