Alyah akan hadiahkan anak untuk Datuk Ramli MS pada tahun depan

Datuk Ramli MS dan isterinya Alyah dah hampir dua tahun mendirikan rumahtangga.. Ramai orang dok bertanya bila agaknya pasangan ini akan menimang cayaha mata mereka..

Menurut Alyah, bukan dia tak teringin nak miliki keluarga yang sempurna.. Tapi, jadual mereka suami isteri yang agak padat buatkan dorang tak terfikir untuk ada cahaya mata..

Bila dah nak menjelang tahun baru, Alyah maklumkan dia sudah bersedia untuk mendapat anak jika ada rezeki..

“Kini kami sibuk dengan kerjaya seni masing-masing. Insya-Allah jika semuanya sudah selesai, tahun depan baru kami fikir tentang orang ketiga. Sejujurnya, kami tidak pernah membincangkan perkara ini tetapi kami percaya pada rezeki. Jika ada sekarang, Alhamdulillah,” ujarnya..

Sibuk macam mana pun pasangan suami isteri, bila ada anak mesti keluarga akan bertambah bahagia.. Miss A doakan pasangan ini akan dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat.. Sama-sama la kita doakan yang terbaik.. Miss A/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *