Amah Indon Miliki Kening Paling Mahal Di Singapura.

Dek kerana buat proses pembentukkan kening di salon dan terpukau dengan harga yang ditawarkan, amah Indonesia ni yang bekerja di Singapura akhirnya memakan diri dia sendiri dan menjadikan dia mempunyai kening paling mahal..

Proses yang dilakukan amah malang ni dikenali Yati, 30 dikenakan caj sebanyak S$816 oleh salon kecantikan di Tao Payoh termasuk la cas sampingan yang lain..

Menurut Yati, caj yang dikenakan tu melebihi daripada gaji dia setiap bulan yang hanya S$500. Disebabkan time tu pulak dalam dompet dia ada S$100 aje, dia terpaksa panggil majikan dia untuk selesai kan.

Kerana kening, menyusahkan orang aje la perempuan ni.. Difahamkan, kejadian tu berlaku pada 8 November lalu. Masa tu dia keluar membeli-belah dekat kawasan tu sebelum didatangi seorang pekerja salon tu dok buat promosi.

Dia terima tawaran tu sebab sebelum ni dia dah pernah buat proses tu sekali di Lucky Plaza dengan harga S$60, so kali ni dia tak teragak-agak la nak buat sekali lagi selepas promosi salon tu lebih murah dari kedai sebelum ni yang hanya dikenakan S$40 aje.

Rasa murah tu yang kalut pi buat, sampai kat salon tu aje ahli terapi kat situ cadang dia buat ‘sulaman kening gaya korea’ yang boleh tahan tiga tahun pulak. And then, nak nampak berbaloi lagi ada diskaun 50 peratus. Yati tu pun tanpa ragu-ragu terus kata ‘okey’..

Lepas dah buat tu, ahli terapi tu dok promote lagi suruh Yati beli produk penjagaan kulit. Katanya, pihak salon tak kan bertanggungjawab kalau ada jangkitan selepas buat rawatan tu.

Pandai sungguh orang-orang salon tu dok perkena orang! Mula dok dengan harga ditawarkan murah sempena promosi, lepas tu dok promote macam-macam pulak sampai kat kedai diorang.

Selepas sesi tu dan penyerahan bil kepada Yati, apalagi terkejut beruk la dia kena caj sampai S$816 termasuk dengan harga set produk penjagaan tu. Ni boleh jadi pengajaran la buat korang..

Kalau pi salon nak buat apa-apa tu biar tanya sampai habis, sebelum korang terkejut beruk macam Yati ni. Habis la gaji dia kena tolak nanti, nasib badan la.. MissHana/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *