Anwar akan bebas dari penjara selepas Obama marah Najib?

Betulkah Obama mendesak Perdana Menteri DS Najib Razak agar membebaskan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dari penjara? Betulkah Najib juga didesak supaya melupuskan hukuman yang dikenakan terhadap Anwar?

Portal yang terkenal dengan fitnah serta sering putarbelit kenyataan pemimpin negara, Malaysiakini, melaporkan berita berkenaan yang tidak diketahui dari mana sumbernya.

Menurut portal berkenaan, Obama mendesak Najib membebaskan Anwar atas dasar kemanusian. Anwar didakwa sangat tidak sihat dan sangat sakit ketika berada didalam penjara. Maka Obama dikatakan beranggapan sangat tidak wajar Anwar diperlakukan seperti seorang banduan.

Selain itu, portal berkenaan juga melaporkan bahawa Kerajaan Amerika Syarikat memutuskan yang perbicaraan Anwar tidak berjalan dengan adil kerana dipengaruhi campurtangan politik.

Ini mengakibatkan keputusan perbicaraan tersebut tak boleh digunapakai serta perlu diketepikan serta merta.

Anwar juga dikelaskan sebagai banduan politik, dan bukannya banduan biasa yang perlu menjalani hukuman sama seperti banduan yang melakukan kesalahan sivil yang lain.

Inilah yang dilaporkan oleh portal pembangkang berkenaan. Walau demikian, rakyat Malaysia sudah sedia maklum dengan perangai kaki wayang Anwar yang selalu berpura-pura sakit demi meraih simpati.

Dan rakyat Malaysia juga sedia maklum bahawa Anwar didapati bersalah kerana meliwat pembantu peribadinya, bukannya salah guna kuasa atau menyeleweng kepentingan politik sehingga membolehkan dia dianggap sebagai banduan politik.

Liwat adalah satu kesalahan sivil dan Anwar memang layak berada dipenjara bersama perogol, peragut, penyamun serta ramai lagi orang jahat yang ditangkap oleh pihak berkuasa.

Persoalannya sekarang, benarkah Obama dan Kerajaan Amerika ada mendesak Najib supaya membebaskan Anwar? Ataupun ianya sekadar rekaan fantasi dari portal pembangkang berkenaan untuk menipu rakyat Malaysia? – Big B/Utaranews.com

2 thoughts on “Anwar akan bebas dari penjara selepas Obama marah Najib?

  • 23/11/2015 at 5:42 am
    Permalink

    Orang amerika tak faham kenapa amalan seks songsang adalah satu kesalahan.
    Puak2 lgbt menggunakan 'ignorance' tersebut. untuk memperjuangkan pembebasan Raja Liwat mereka.

    Reply
  • 23/11/2015 at 6:27 am
    Permalink

    LOL… If it is true, the so call president is very funny gay. opssss… guy..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *