Awie kini sedang dilamun cinta?

Setiap lelaki pasti inginkan teman hidup bersama, Awie yang dah dua  kali gagal dalam perkahwinan dan sedang menghadapi masalah bersama isterinya Rozana Misbun.. Akui rasa dirinya sepi dan perlukan seorang isteri di sisinya..

“Saya sudah dua kali melalui alam rumah tangga dan yang kedua ini masih dalam perbicaraan mahkamah. Apa yang berlaku saya tak nafi turut beri kesan pada anak-anak. Seperti lelaki normal lain sudah semestinya saya perlukan seorang isteri yang boleh bersama saya waktu susah dan senang di samping boleh menjaga anak-anak dengan baik,” jelasnya..

Awie pun sekarang tengah dok mengenali hati budi seseorang.. Tapi, dia tak nak terlalu terburu-buru dalam mendirikan rumahtangga, hanya menyerahkan pada takdir.. Kalau dia nak kahwin pun dia akan mendapat persetujuan dari anak-anaknya dulu..

Sebelum berkahwin dengan Rozana, Awie telah pun berkahwin dengan penyanyi serta pelakon Arni Nazira dan telah pun bercerai pada 16 Oktober 2006.. Hasil perkahwinan dorang dikurniakan dua cahaya mata perempuan..

Miss A doakan semoga jodoh yang akan datang berkekalan hingga ke akhir hayat.. Awie pun tak mahu bercerai, tapi dak tak ada jodoh nak buat macam mana.. Miss A/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *