Bapa Zahirah MacWilson tak percaya pada Zul Ariffin?

Kisah hubungan cinta Zahirah MacWilson dan Zul Ariffin memang dah tak dapat disembunyikan lagi.. Kisah cinta dorang ni memang dapat perhatian ramai, terutamanya bila Zul sebelum ini bercinta dengan Gayatri Su-Lin Pillai..

Zul dah pun keluarkan kenyataan dah lama putus cinta dengan Gayatri dan masing-masing dah buat haluan mereka sendiri.. Mungkin sebab ini bapa Zahirah iaitu Zainol MacWilson rasa ragu dengan keikhlasan Zul dok pikat anaknya..

Kalau dah bapa ragui keikhlasan lelaki nak mengorat anaknya, nampak gaya macam tak restu je hubungan dorang..hahaha.. Zul kan sering kena label PLAYBOY, sebagai seorang bapa mesti takut anak gadisnya tu dipermainkan..

“Saya tidak halang dan tidak juga galakkan mereka bercinta kerana Zahirah masih muda dan baru dalam industri. Manakala Zul pula saya banyak dengar cerita negatif tentang dia. Setakat ini saya tengok sahaja sejauh mana hubungan mereka, kalau boleh saya tidak mahu Zahirah jadi mangsa dan dipermainkan oleh lelaki,” ujarnya..

Apapun, Zul dah jumpa sebanyak dua kali dengan bapa Zahirah nak terangkan kisah negatif sering melanda dirinya.. Sama-sama lah kita tengok sejauh mana hubungan pasangan ini.. Miss A/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *