Beranikah Azmin Khianat Pada PAS Di Selangor?

Setelah puas hati menyaksikan PAS tersingkir dari jawatan-jawatan lantikan politik di dalam Kerajaan DAP Pulau Pinang, ‘penyakit sawan’ yang melanda parti-parti politik pembangkang itu dikatakan semakin menular dan berjangkit di Selangor.

Umum tahu bagaimana lebih 1,000 ahli PAS yang sebelum ini berjawatan JKKK telah melepaskan jawatan masing-masing dari kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng. Malah kisah sama ada meletak jawatan atau dipecat, masih lagi hangat menjadi bahan bertengkar antara DAP dan PAS di Pulau Pinang.

Terkini, dilaporkan bahawa ahli PAS yang memegang jawatan yang sama itu juga dijangka bakal kehilangan jawatan mereka di Selangor. Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor, Izham Hashim dikatakan sedang berbincang dengan beberapa kepimpinan Kerajaan PKR Negeri Selangor dan menuntut jawatan berkenaan buat parti baru itu.

Dua jawatan lantikan yang dituntut Amanah dari kerajaan pimpinan Azmin itu ialah bagi jawatan JKKK dan Ahli Majlis Tempatan. Tuntutan Amanah itu dibuat atas alasan mereka turut merupakan rakan sekutu PKR dan DAP dalam gabungan Pakatan Harapan, selain turut memiliki tiga Ahli Parlimen serta dua Adun di dalam kerajaan negeri itu.

Penulis menjangkakan bahawa senario ini bakal memeningkan Timbalan Presiden PKR yang mengepalai Kerajaan Negeri Selangor. Selaku Menteri Besar, jawatan beliau adalah ‘ehsan’ dari DAP dan PAS yang memiliki jumlah kerusi yang sama.

Apabila dua Adun PAS kini menyertai Amanah dan mereka dikatakan lebih akrab dengan DAP berbanding PKR, maka secara tidak langsung ia akan memaksa Azmin untuk menurut kemahuan DAP dan Amanah yang merupakan rakan sekutu mereka di dalam Pakatan Harapan.

Dalam kedudukan DUN di Selangor yang terkini, DAP kekal memiliki 15 kerusi, PKR 13 kerusi, PAS 13 kerusi, BN 12 kerusi, Amanah 2 kerusi dan Bebas 1 kerusi. Congak mudah, blok Pakatan Harapan memiliki 30 kerusi berbanding ‘setiakawan’ antara PAS dan PKR hanya berjumlah 26 kerusi.

Justeru itu, Azmin dijangka terpaksa tunduk kepada kemahuan DAP dan Amanah jika mahu ‘selamat’ selaku Menteri Besar. Jika dia enggan, mungkin jawatan Azmin itu bila-bila masa saja boleh ‘terbang’ dan diganti oleh Adun PKR atau Amanah yang sanggup ‘kowtow’ pada DAP.

Secara tidak langsung, sekiranya Azmin menyebelahi kehendak DAP dan Amanah, maka PAS akan sekali lagi ‘tersingkir’ di Selangor sebagaimana yang berlaku di Pulau Pinang sekarang. Lainlah jika PAS masih ‘terhegeh-hegeh’ dan sanggup sekali lagi ditunggang DAP dan diherdik Amanah, bukan?

Melihat pada sifir matematik tersebut, maka tidak hairanlah PAS kini sedang kuat melobi mahu ‘mengikat’ PKR sebagai ‘partner’. Melihat pada gaya PAS sekarang, berkemungkinan mereka tidak akan menjalin sekali lagi hubungan dengan DAP yang hampir setiap hari menghina mereka, apatah lagi Amanah yang dilabel sebagai ‘pengkhianat’ dan ‘syaitan dalam jemaah’.

Mahu tidak mahu, PAS perlu ‘ikat’ PKR bersama mereka untuk kekal sebagai sebahagian dari kerajaan negeri Selangor. Jika tidak, maka PAS di Selangor akan senasib seperti di Pulau Pinang dan terpaksa mengisytihar diri sebagai ‘pembangkang’.

Untuk membentuk pakatan dengan Adun-Adun BN juga tidak membawa kesan apa-apa pada PAS kerana jumlah kerusi kedua parti itu jika bergabung sekalipun hanyalah maksimum 26 kerusi. Itupun jika Adun Bebas, Tan Sri Khalid Ibrahim menyertai gabungan PAS dan BN tersebut.

Pada pandangan penulis, Pakatan Harapan yang terdiri dari DAP, PKR dan Amanah di Selangor akan kekal berperanan sebagai kerajaan negeri. Manakala PAS, BN, dan Khalid kekal sebagai pembangkang ekoran kedudukan kerusi DUN mereka yang kurang. Hanya keadaan itu yang mampu menyelamatkan jawatan Azmin sebagai Menteri Besar di Selangor.

Sekiranya itu berlaku, maka tiga Exco Kerajaan Negeri Selangor yang terdiri dari Adun PAS perlu melepaskan jawatan. Begitu juga dengan semua JKKK, Ahli Majlis Tempatan dan sebagainya di dalam kerajaan negeri itu, perlulah meletak jawatan.

Pada hemat penulis, PAS tidak akan meletak jawatan di Selangor selagi Azmin tidak memecat mereka dari jawatan yang disandang. Hanya Azmin saja yang mempunyai kuasa prerogatif untuk berbuat sedemikian bagi menyelesaikan kemelut dalaman kerajaan negeri yang dia pimpin.

Soalnya, beranikah Azmin memecat PAS keluar dari kerajaan negeri sedangkan dia menjadi Menteri Besar adalah hasil dari cadangan PAS berbanding DAP dan partinya sendiri yang mencalonkan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Beranikah Azmin ‘khianat’ pada PAS yang menjulang dia sebagai Menteri Besar di negeri terkaya di Malaysia itu? Jika dia tidak memecat PAS, maka Azmin mungkin berdepan dengan ugutan DAP dan Amanah yang bila-bila masa saja boleh menjatuhkan dia dari kerusi empuk tersebut.

Pilihan kini di tangan Azmin. Sama ada dia berani atau tidak, jawatan Menteri Besar menjadi perjudian yang harus dia putuskan. Pening atau tidak, yang penulis yakin bahawa Kerajaan Negeri Selangor kini makin kusut dan teruk bergolak. Mari kita lihat siapa yang kena…! –Amir Hamzah/Utaranews.com

2 thoughts on “Beranikah Azmin Khianat Pada PAS Di Selangor?

  • 26/11/2015 at 7:25 am
    Permalink

    Kalau PAS + PKR + UMNO bersatu di Selangor…..TERAJANG DAPIGS YANG KURANG AJAR DAN BIADAP MASUK BALIK KE LADANG BABI DAPIGS!!!

    Reply
  • 26/11/2015 at 11:54 am
    Permalink

    Penulis lupakah faktor Istana? Azmin tahu pihak Istana backing dia, dan istana juga menyampah dgn Dap dan anjing pet nya Amanah. Sbb tu dia x kisah.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *