Betulkah PDRM tak telus dan tak boleh dipercayai?

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad dengan sombongnya menuduh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersikap tidak telus dan mempunyai niat untuk melindungi individu penyalahguna kuasa dalam setiap siasatan yang dijalankan.

Tuduhan keras yang dilemparkan oleh Nik Nazmi ini merujuk kepada siasatan terhadap Pengarah National Oversight and Whistle Blower (NOW), Akmal Nasir. Ketua AMK itu mendakwa, kononnya pihak PDRM sedang melindungi ‘pesalah’ yang juga merupakan orang penting kerana tidak mahu tembelang ‘si pelaku’ itu terbongkar.

Tegas Nik Nazmi lagi, perkara sebegini sememangnya sudah dijangka kerana sebelum ini pihak PDRM dikatakan lebih menumpukan kepada individu yang memberi maklumat dan membuat pendedahan berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan NFC Corporation, berbanding dari melakukan siasatan terhadap pihak yang terlibat dengan skandal terbabit.

Iyeker?? Mana dorang tahu yang pihak PDRM tak buat siasatan langsung terhadap individu yang terlibat dengan skandal-skandal tersebut?? Jangan main tuduh je, nanti serkap jarang tak mengena baru menyesal.

Tuduhan Nik Nazmi tidak terhenti disitu, dia juga turut mendakwa pihak PDRM cuba untuk bersekongkol untuk mengaburi mata rakyat semata-mata demi menjaga nama baik ‘orang penting’ yang terlibat dalam kes tersebut. AMK juga turut mengaitkan mengenai isu penyalahguaan wang sumbangan orang ramai oleh YaPEIM.

“Di dalam kes YaPEIM ini, kesemua maklumat yang didedahkan telah disahkan ketulenannya oleh pihak YaPEIM jadi mengapa perlu menyiasat perolehan dokumen tersebut?

“Adakah pihak berkuasa berharap agar maklumat-maklumat ini tidak langsung diketahui rakyat? Bukankah rakyat berhak mengetahui ke mana perginya duit sumbangan mereka?,” soalnya.

Gomez berfikiran, layanan yang diberikan oleh PDRM adalah samarata je, tak kira la ko orang penting ke tak! Dan mereka harus tahu bahawa tidak semua maklumat siasatan boleh didedahkan kepada umum kerana ianya bakal mengganggu proses siasatan.

Tuduhan liar yang dibuat Nik Nazmi ini hanya akan memburukkan lagi keadaan selain menjatuhkan maruh dan kreadibiliti pihak berkuasa. – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *