DAP mahu kampung melayu ditukar ke nama Cina.

DAP semakin hari semakin biadap apabila mahu nama-nama jalan mahupun nama-nama perkampungan yang diberi nama Melayu di negara ini ditukarkan kepada nama Cina.
Terbaru, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim menggesa Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali meluluskan permintaannya untuk menukar nama perkampungan Bagan Nakhoda Omar kepada nama Cina.
Menurut Suee Lim, nama perkampungan itu perlu ditukar memandangkan penghuni kampung tersebut majoritinya penduduk Cina.
Selain itu, Suee Lim berkata, nama perkampungan Melayu yang diberikan itu tidak sesuai kerana ia akan mengingatkan orang ramai kepada pemimpin politik Melayu, Datuk Seri Noh Omar.
“Omar tak payah, sebab kita akan ingat Noh Omar. Macam Nakhoda Noh Omar. Tak elok. Itu pemimpin politik yang rakyat tidak suka. Jadi, Bagan Nakhoda Omar kita tukarkan Nakhoda Chong. Itu lebih baiklah,” kata Suee Lim.
Kurang ajar bukan??  pemimpin DAP mahu nama perkampungan atau jalan ditukar kepada nama pemimpin parti itu walaupun pemimpin parti itu tidak mempunyai jasa kepada negara.
Ini juga jelas, DAP sebagai sebuah parti ‘racist’ yang mahu menjadikan negara ini sepertimana yang dilakukan oleh parti Cina di Singapura. Mereka mula menukar nama-nama perkampungan atau jalan yang diberi nama Melayu kepada nama-nama Cina.
Persoalannya… adakah anda sanggup membiarkan negara ini menjadi seperti Singapura yang ditadbir oleh pemimpin Cina yang menjadikan orang Melayu di negara itu hidup sebagai pelarian??– Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *