Dato’ AC Mizal mengamuk dengan blogger kaki fitnah.

Berikutan isu kontroversi yang melibatkan Datuk M. Nasir dan Datuk AC Mizal yang dikatakan dah mengaibkan penyanyi Sheeda semasa di program Gegar Vaganza.. Miss A dapat tahu isu itu dah menjadi semakin parah..

Datuk AC Mizal, menerusi laman facebooknya melahirkan rasa kecewa dan bengang dengan sebuah blog yang tak bertanggungjawab dah memfitnahnya.. Menurut AC Mizal lagi, dia tak pernah pun mengeluarkan kenyataan seperti tu kat media..

Status yang ditulis AC Mizal memberi amaran pada blogger tak betanggungjawab itu:

“Sila delete post ini sebelum saya ambil tindakan Perundangan!ini adalah kerja blogger tentangartiss dan bukan dari saya.Saya tidak pernah memberi sebarang komen dan tidak langsung melayan mana mana pihak berkenaan isu yang tidak ada kena mengena dengan saya,”

Blog tu dah buat tajuk yang kononnya reaksi dan kata-kata AC Mizal pada Bienda yang tak takut atau akan memohon maaf pada mereka dengan bongkaknya berkata, “Bienda nak saman saya? Jap, ada nampak den goyang? takdo kan?”..

AC Mizal menyifatkan individu yang tak bertanggungjawab ini sebagai individu yang kurang ajar.. Ramai peminat suruh AC Mizal ambil tindakan undang-undang pada individu ini sebagai satu pengajaran supaya tak sebarkan fitnah pasal artis-artis.. Miss A/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *