Flavor Vape Uncle Maniam kini jadi buruan vaporians

Mungkin para penjual cecair perisa rokok elektronik (vape) marah dengan tindakan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam yang mengarahkan supaya pihak Kementerian Kesihatan merampas kesemua stok jualan dikedai vape yang tidak berlesen, akibat kandungan cecair vape atau flavor itu mempunyai kandungan nikotin.

Para peniaga flavor vape terus mengeluarkan satu flavor khas yang diberi nama “Uncle Maniam”. Kononnya sebagai tanda protes dan marah mereka kepada Dr. Subramaniam dan tindakan Kementerian Kesihatan yang dianggap menutup pintu rezeki dan memusnahkan perniagaan mereka.

Jika dilihat, botol flavor vape itu diseliputi dengan satu label berwarna hitam dengan tertera satu ayat yang berbunyi “Uncle Maniam Flava.. most special product” yang membawa maksud (Perisa Uncle Maniam… produk berperisa khas) dan ‘unknown taste’ (perisa tidak diketahui). Siap ada gambar Dr. Subramaniam lagi.

Kononnya “Uncle Maniam” tu macam nama singkatan jela ala-ala nama manja glamor gitu hahaaa.. Ntah la apa agaknya rasa flavor special ni. Eshhhh eshhhhhh biadap betul dorang ni permainkan orang. Elok je heboh pasal berita pihak Kementerian Kesihatan membuat pemeriksaan dan rampasan di kedai vape yang tidak berlesen, tidak lama kemudian muncul flavor vape “Uncle Maniam” ni.

Mungkin dorang tak boleh terima kenyataan dan peraturan baru yang menyatakan bahawa pihak berwajib kini sedang mengawal cecair elektronik yang mengandungi nikotin itu dan cecair flavor tersebut tertakluk di bawah Akta Racun 1952.

Peraturan baru tersebut adalah hanya ahli farmasi dan pengamal perubatan yang berdaftar dan mempunyai lesen sahaja yang layak dan boleh menjual cecair flavor vape yang mengandungan nikotin dan penjualannya akan direkodkan. Bagi premis vape yang tidak berdaftar akan dikenakan tindakan.-TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *