Ini punca Nizam Laksmana tersingkir dari Gegar Vaganza

Peserta Gegar Vaganza musim kedua telah membuat persembahan mereka di minggu keenam semalam.

Tinggal 8 lagi peserta yang tinggal dan mereka membuat persembahan dengan tema “Kenangan Terindah” iaitu sebagai menghargai penyanyi yang telah tiada.

Nizam Laksamana telah tersingkir pada minggu ini setelah membawa lagu “Rindu Serindu Rindunya” nyanyian asal kumpulan Spoon.

Juri Pak Ngah mengatakan terlalu banyak masalah pitching dalam nyanyian Nizam Laksamana ketika persembahan tersebut.

Sementara itu, Siti Nordiana membuat penonton tergamam dengan persembahan bertenaga dan membolehkannya menduduki ranking pertama untuk minggu ke-6 ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *