Kain Rentang Kutuk Azmin bertebaran di Shah Alam

Ketika perwakilan di seluruh negara mula tiba di sini bagi menghadiri Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bermula hari ini, terdapat sepanduk mengkritik Timbalan Presiden parti yang juga Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dilihat digantung di beberapa tempat di bandar ini.

Ada yang menggesa Azmin meletakkan jawatan manakala ada juga yang meminta beliau memilih antara Pas dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Sumber parti berkata sepanduk dengan ‘tema’ yang berbeza dilihat sejak beberapa hari lalu dan paling menjadi tumpuan di Seksyen 15, di mana kongres itu berlangsung.

Walau bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian The Rakyat Post di kawasan itu menunjukkan semua kain rentang diturunkan.

Tidak diketahui siapa dalang yang meletakkan sepanduk tersebut tetapi dipercayai angkara ahli-ahli parti yang menentang Mohamed Azmin.

Mohamed Azmin, yang menduduki kerusi panas Selangor lebih setahun lalu, semakin mendapat asakan dan serangan dari rakan-rakan partinya berikutan pelbagai isu.

Menurut beberapa pemimpin parti, ini termasuk prestasinya sebagai Menteri Besar dan juga gaya kepimpinan autoritariannya.

Satu lagi isu adalah ramai berasa ragu-ragu berhubung pendirian Mohamed Azmin dengan isu Pas dan Amanah.

“Dia mahu bekerjasama dengan kedua-duanya tetapi DAP, Amanah dan beberapa orang dari PKR sendiri mahu Pas ditendang keluar.

“Mereka tidak berpuas hati dengan itu dan beliau dijangka akan membangkitkan sentimen isu-isu ini esok,” kata sumber itu.

Pemimpin itu berkata ada pihak mahu menyoal Mohamed Azmin tetapi teragak-agak kerana beliau masih Menteri Besar dan mereka berharap untuk mengelakkan publisiti buruk bagi parti.

Pemimpin lain membayangkan ada yang sedar bahawa ia tidak mungkin menjadi idea yang baik untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Mohamed Azmin.

“Lagipun, kita mahu seseorang yang lebih baik. Bukan yang sama atau lebih buruk lagi.

“Ramai menyedari bahawa mempersoalkan Azmin terlalu banyak di khalayak ramai tidak baik untuk parti kerana mereka telah mendapat pengajaran daripada krisis Selangor tahun lepas,” ujarnya.

Ada juga berpandangan bahawa tiada apa yang perlu dibanggakan mengenai tempoh Mohamed Azmin sebagai Menteri Besar sejak setahun lalu. – TRP

One thought on “Kain Rentang Kutuk Azmin bertebaran di Shah Alam

  • 28/11/2015 at 10:54 am
    Permalink

    Azmin bijak.pasang dua.satu lepas,satu sangkut.penyokong pkr yg. Tak boleh bfikir.tahniah mr azmin ali

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *