Kenapa SAMM sibuk nak bantah kehadiran Obama di Malaysia?

Tertanya-tanya juga apa agaknya tujuan sebenar Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)  mahu mengadakan satu demontrasi tunjuk perasaan terhadap kehadiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Barrack Obama ke Malaysia, dikhabarkan Obama dijangka bakal melawat Malaysia pada 20 hingga 22 November ini.

Tujuan sebenar lawatan Obama ke Malaysia adalah disebabkan mahu menghadiri Sidang Kemuncak Asean Ke-27. Namun begitu ada segelintir rakyat Malaysia yang tidak senang dengan kehadiran presiden  AS itu, persoalannya kenapa?

Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan mendakwa bahawa mereka tidak senang dengan kehadiran Obama kerana percaya bahawa kehadirannya itu adalah disebabkan mahu memberi kata putus mengenai Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TTPA) .

SAMM mendakwa kononnya perjanjian TTPA tersebut berat sebelah dan hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja. Selain wujudkan pembulian dalam ekonomi, SAMM juga menuduh bahawa perjanjian tersebut hanya sebagai satu alasan untuk merompak hasil bumi dan menjejaskan kedaulatan negara.

“Perjanjian TPPA juga dikenali sebagai satu penjajahan baru terhadap tanahair yang turut akan menjejaskan kedaulatan negara, merompak hasil bumi dan satu pembulian ekonomi.

“Rakyat Malaysia juga tidak mengalu-alukan kehadiran Obama di atas polisi peperangan oleh pentadbiran Rumah Putih.

“Amerika perlu mendesak negara haram Israel menghentikan serangan terhadap Palestin dan Amerika juga harus menghentikan semua perang di mana Amerika terlibat secara langsung atau tidak langsung (dengan menggunakan proksi di sesebuah negara),” katanya.

Sebenarnya apa yang didakwa SAMM itu adalah tidak benar, kelebihan TTPA adalah bagi mengembangkan lagi sektor ekonomi selain memberi peluang kepada pelabur-pelabur luar untuk memperluaskan perniagaan mereka. Hal ini akan memberi keuntungan kepada Malaysia.

Akan tetapi tujuan Obama ke Malaysia bukanlah disebabkan TTPA, tetapi atas sebab menghadiri Sidang Kemuncak Asean Ke-27. Jadi demonstrasi yang dijangka akan diadakan pada Jumaat ini selepas solat Jumaat bermula di Bangunan Tabung Haji berdekatan Kedutaaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak adalah tidak perlu.

Ianya bukan sahaja satu perbuatan yang sia-sia dan merugikan malah boleh menjatuhkan meruah negara kerana motif demonstrasi tersebut adalah tidak jelas.-TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *