Kenyataan balas dari Kakitangan JPN Sungai Petani. Betulkah pelanggan Kurang Ajar?

Kes viral pegawai JPN biadap kan dok hangat di media sosial sekarang ni kan?? Hangat diperkatakan selepas mangsa tu muatnaik cerita kata pegawai tu biadap masa berurusan. Ni jawapan balas dari pegawai JPN tu sendiri pulak..

“Cerita dia dua minggu lepas pompuan ni mai nk buat ic hilang,masa dia mai kt aku pun muka dah ketat. aku tanya hilang macam mana,tercicir ka orang curi…dia bagi report kat aku,aku baca report dia.kes dia dia letak purse dia dalam raga moto…pastu aku kata la ni kes kecuaian.

Kali pertama hilang bayaran 110…dia kata pasai apa pulak…dia pi buat report tadi polis tu kata kali pertama tak payah bayaq…pastu nak boh purse tang mana lg dia kata..aku kata la polis tak tau prosedur jpn..dia kata aku nak mkn duit dia pulak dah…pastu dia kata kerajaan memang suka makan duit rakyat…pastu aku refer kat penyelia aku tunjuk report …penyelia aku kata bagi free pi lah…

Pastu aku nasihat la dia kata lain kali jangan la boh benda penting dalam raga moto..pastu dia tak puas hati dia kata apa cakap macam tu…viral satg kot.. Aku pun terus dia ja la sambil buat ic dia…dia ada amik gambaq 2 mgu lepas tapi x viral lg..

Harini dia mai sekali lagi nak buat daftar lahir untuk anak menakan dia…kaunter sebelah aku yang buat…pastu semua dokumen tak potostat…pastu staff sebelah aku suruh pi potostat dulu baru boleh proses…dia terus bebai…dia kata pulak kat klinik misi tak suruh potostat pun..

Pastu staff sebelah aku tunjuk kat borang kelahiran tu ada tulis benda yang kena potostat…pastu dia sound kata misi klinik tak reti buat keja.orang kerajaan semua tak reti buat keja..pastu dia pi potostat dia mai balik kaunter sepuluh panggil nomber dia… Saja2 nak bebai kat orang mana boleh…”

Pandai-pandai la korang nilai sendiri ye… Sekarang kes ni macam meleret aje, masing-masing dok tuduh sapa yang kurang ajar. Kes ni antara diorang dan orang yang ada kat sekeliling tu aje tau situasi yang sebenarnya jadi noh..

Apa-apa pun kalau berkomunikasi dengan seseorang tu biar la beradab. Jangan la sampai orang tu terasa hati ye.. Bila jadi cenggini, masing-masing dok salah antara satu sama lain! MissHana/Utaranews.com.

2 thoughts on “Kenyataan balas dari Kakitangan JPN Sungai Petani. Betulkah pelanggan Kurang Ajar?

  • 21/11/2015 at 12:21 am
    Permalink

    100% staf JPN tu amat kurang hadir kursus.. !!!

    Reply
  • 21/11/2015 at 4:02 am
    Permalink

    dua2 salah . pelanggan kurang ajar , staf jpn pun kurang ajar. jumpa , ajak minum, setel baik2. buat cara org matang & bertamadun. lawan dekat fb sampai bila nk abis. benda kecik tak perlu nak pukul canang 1 dunia.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *