Kerajaan tak pernah sisihkan kaum India di Malaysia.. – DS Najib Razak

Sejak dari dahulu lagi kaum India di Malaysia tidak pernah disisihkan oleh kerajaan, malah sekarang ini kaum minoriti yang menjadi sebahagian rakyat negara itu akan terus dibantu dalam pelbagai aspek. Kerajaan juga akan teruskan usaha mereka untuk membantu meningkatkan struktur, budaya dan ekonomi agar mereka dapat membangun selaras bersama arus pembangunan negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, terus komited untuk membangunkan kaum India supaya mereka tidak tergelincir dari landasan. Perjanjian ini dalam dilihat melalui Baget 2016 yang dibentangkan di Parlimen.

“Komitmen ini dapat dilihat dengan jelas melalui pelbagai inisiatif khusus yang telah kita laksanakan selama ini serta komitmen kita dalam Bajet 2016 dan Rancangan Malaysia ke-11 yang akan menghasilkan satu pelan induk bagi hala tuju pembangunan sosioekonomi kaum India,” katanya.

Sementara itu, Najib juga berharap agak perayaan Deepavali yang bakal disambut esok akan mewarnai lagi pertalian kaum yang terjalin sejak zaman nenek moyang terdahulu. Saling hormat menghormati dan hidup aman damai seperti dahulu, tanpa adanya krisis perkauman.

“Dalam kita menyambut Pesta Cahaya yang membawa pengertian kejayaan cahaya mengatasi kegelapan dan kebaikan menumpaskan kezaliman, janganlah kita lupa untuk menerangi kehidupan mereka di sekeliling kita yang memerlukan bantuan dan pertolongan kita.

“Gunakanlah kesempatan seperti ini untuk melipatgandakan usaha kita demi memberi harapan yang lebih baik kepada masyarakat sekitar,” katanya.- TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *