Lynn Al Khaired membisu tentang khabar angin Bakal Bercerai..

Ingat lagi tak korang dengan pelakon Lynn Al Khaired? Memang dah lama tak nampak dia dalam industri hiburan.. Berita gembira Miss A dengar dia dah mula bergiat aktif dalam dunia lakonan..

Tapi, khabarnya Lynn bakal bercerai dengan suaminya DAtuk Seri  Reezal Merican iaitu Timbalan Menteri Luar.. amboi baru nak start berlaku dah nak bercerai ke? Ke nak cerai sebab Lynn ni mula berlakon semula.. Miss A pun tak tahu..

Bila ditanya pada Lynn tentang kes penceraian mereka, Lynn tak berikan sebarang kenyataan.. Sebutan semula kes mereka dah ditetapkan pada 2 Disember hadapan..

Pasangan ini dah berkahwin sekitar tahun 2005, hasil perkahwinan mereka dikurniakan 4 cahaya mata.. Dah sepuluh tahun berkahwin, tup-tup dengar nak cerai, memang ramai peminatnya terkejut..

Tak silap Miss A pasangan ini ada masuk rancangan ‘Datin Masak, Datuk Suka’.. DAlam rancangan tu nampak pasangan ni bahagia je, tak ada nampak macam dilanda masalah.. hmm.. – Miss A/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *