Mahathir hasut rakyat Sarawak supaya bencikan Perdana Menteri?

Walaupun pada zahirnya bekas perdana menteri,  Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat seperti sudah menyerah kalah dalam misinya untuk menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Tapi sebenarnya kita salah.

Mahathir sekarang ni dalam diam-diam masih bebas dan belum lagi berputus asa untuk menghasut rakyat supaya membenci dengan kepimpinan Najib. Tidak berhenti disitu, Mahathir sekarang ini bergerak ke Sarawak untuk memperluaskan lagi hasutannya kepada rakyat pribumi disitu melalui programnya di situ.

Oleh sebab demikianlah, Ketua Gerakan Merah, Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali Ali Tinju secara terus menerus mendesak supaya aktiviti tidak sihat itu dihentikan, dan pihak berkuasa perlu mancari jalan lain supaya tindakan tegas dikenakan terhadapnya.

“Adakah Tun. Dr. Mahathir kebal jenayah politik negara sesuka hati berucap menghasut Rakyat supaya bencikan YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia yang sah.

“Persoalannya kenapa pihak berkuasa gagal sampai sekarang dakwa Tun Dr. Mahathir ?” katanya.

Mahathir turut diberi peringatan oleh Ali Tinju, jika dia terus menerus mengkritik kepimpinan Najib dan menghasut rakyat, dia tanpa segan silu akan mendesak Najib untuk menggugurkan Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah. Mungkin hanya dengan cara itu Mahathir akan sedar dan insaf dari melakukan kerja hasutaan ni.

Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Melayu itu adalah antara salah seorang dari beberapa pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berani dan lantang bersuara dalam menghalang dan menghentam Mahathir dari niat jahatnya.-TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *