Mahathir tuduh semua orang kaya makan Rasuah.. Termasuk anak-anaknya?

Betul ke semua orang-orang kaya di Malaysia ni makan rasuah?? Maknanya mereka-mereka ini kaya raya dan jadi jutawan bukanlah disebabkan oleh titik peluh keringat  mereka sendiri, tetapi bermewah disebabkan oleh makan rasuah, adakah ini satu fakta atau auta semata-mata??

Kenyataan kontroversi ini dikeluarkan oleh Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Katanya gaya hidup mewah orang kaya di negara ini hanya berlandaskan rasuah semata-mata, dan bukti wujudnya elemen rasuah boleh dilihat melalui wujudnya orang kaya.

Mahathir turut menasihati Mahkamah Malaysia supaya buka mata dan melihat gaya hidup serba mewah seseorang itu dan menganggap kehidupan mewah seseorang itu sebagai bukti kepada wujudnya elemen rasuah.

“Jika anda mahu mengesan rasuah di peringkat tertinggi, lihat pada gaya hidupnya,” kata Mahathir.

Kata Mahathir lagi, kalau orang tu ada kereta mewah yang banyak, rumah yang besar, duit berjuta berbillion, jadi memang sah lah orang tu salah seorang penyumbang kepada elemen rasuah. Mereka-mereka ini patut disiasat dan diambil tindakan supaya gejala rasuah berkurangan.

Ohhhhh… maknanya semua orang kaya terima rasuah la?? Bagaimana pula dengan diri Mahathir sendiri, apakah dia juga menerima rasuah dah patut disiasat serta diambil tindakan?? Yela Mahathir pun golongan kaya jugak… Rumah besar dan kereta banyak, duit dalam akaun bank tu entah la berapa angka kan.

So wajar kita katakana Mahathir pun terima rasuah seperti jika kita selidik berdasarkan analisis yang dibuat sendiri oleh Mahathir. Gomez rasa tidak patut Mahathir keluarkan kenyataan seperti ini walaupun pada dasarnya dia mahu mengurangkan gejala rasuah di negara ini.

Tak mustahil orang kaya ada yang terima rasuah, tapi orang biasa pun ada juga. Dan tidak semua orang kaya itu mewah disebabkan rasuah, ada yang kaya disebabkan usaha mereka sendiri, setuju??-TiraGomez/UtaraNews.com

One thought on “Mahathir tuduh semua orang kaya makan Rasuah.. Termasuk anak-anaknya?

  • 12/11/2015 at 7:54 am
    Permalink

    Nyanyuk dah org tua tu!!!!
    Tanpa rašuah, tak mungkin syarikat anaknya yg dh bungkus boleh hidup balik.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *