Majikan yang minta bawa masuk Pekerja Bangladesh.. – TPM

Menteri Dalam Negeri dan juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan bahawa, kerajaan memilih membawa masuk pekerja asing Bangladesh di negara ini kerana ia merupakan pilihan majikan itu sendiri.

Jelas Timbalan Perdana Menteri itu, kemasukan pekerja Bangladesh bagi memenuhi sektor perladangan kelapa sawit adalah diatas permintaan majikan sendiri yang melihat pekerja Bangladesh lebih amanah dan rajin berbanding pekerja asing negara lain.

Zahid berkata, oleh demikian kerajaan menunaikan permintaan majikan yang mahukan pekerja Bangladesh walaupun ianya ditentang oleh pihak-pihak tertentu.

“Majikan yang minta, bukan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Tanpa prejudis, kesetian pekerja Bangladesh adalah lebih baik, lebih amanah berbanding pekerja lain dan kita dapati, pekerja bangladesh lebih amanah berbanding pekerja asing lain kalau jaga kaunter mereka lebih amanah,” kata Zahid.

Dalam masa sama, Zahid turut memaklumkan bahawa sehingga hari ini tiada lagi pekerja Bangladesh yang dibawa masuk ke Malaysia, memandangkan perjanjian untuk membawa pekerja Bangladesh itu masih belum dimeterai antara kedua-dua negara dan juga pihak majikan.

Dengan penjelasan daripada timbalan perdana menteri ini, jelas kemasukan pekerja Bangladesh ke negara ini adalah di atas permintaan majikan dan bukannya kehendak KDN seperti yang didakwa oleh pihak-pihak tertentu.

Oleh demikian, usahlah mendakwa bahawa kemasukan pekerja Bangladesh merupakan satu agenda tersembunyi yang hendak dilakukan kerajaan, sebaliknya kemasukan pekerja asing ini bagi memenuhi sektor pekerjaan yang tidak digemari oleh anak-anak Melayu kini yang semakin ‘demand’.- Utaranews.com