Nak Kekal Sihat, Berjalan Dengan Kasut 70 Kg Setiap Hari.

Di Sichuan, China, seorang lelaki yang dikenali Huang Baoquan, 55 tak bersusah payah membazir masa dan duit nak pi gim. Dia ada cara tersendiri untuk kekal sihat tanpa membazir dengan cara berjalan memakai kasut seberat 70 kg setiap hari.

Orang kat China ni selalu menyeksa diri sampai diorang boleh buat sesuatu tu dengan sebaik-baiknya. Korang tau tak, Huang dah buat senaman yang menyeksakan ni sejak 30 tahun lalu lagi..

“Setiap hari saya perlu bersenam dengan kasut ini sekurang-kurangnya satu jam sehingga berasa selesa. Jika tak seluruh badan akan berasa lemah,” kata Huang.

Menurut Huang, dia akan berjalan lebih 200 meter dengan memakai kasut tu sambil pegang pemberat setiap hari. Patut nampak kuat semacam aje, walaupu usia dah separuh abad.

Orang-orang muda belum tentu dapat buat macam Huang ni kan?? ‘Sarung’ kaki masuk dalam kasut tu tak bergerak langsung. Hhihhihi.. Dikatakan, pernah ada seorang lelaki yang cuba berjalan pakai kasut tu tapi malang menimpa lelaki tu.

Tau apa jadi kat lelaki tu?? Teringan nak tiru macam Huang, dia terima padah apabila kaki dia patah selepas cuba berjalan. Sia-sia cuba, bala yang dapat! Huhhhuuhu.. MissHana/Utaranews.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *