Netizen Hencap Lana Nordin, Cari Publisiti Murahan

Baru-baru ini, kecoh di media massa bila Lana Nordin terkilan sebab baju pengantin dia dah dipakai oleh pelakon Ayda Jebat untuk shooting iklan Aura White Gold Collagen.. Perkara ini pun dah dapat maklumat balas dari pihak Ayda..

Bagi Ayda perkara ni tak perlu pun diperbesarkan.. Ayda rasa tak salah pun kalau dia pakai baju tu, pereka baju tu sendiri izinkan dia untuk pakai.. Perkara biasa bagi artis dok ulang pakai baju yang sama..

“Sebenarnya tidak (perlu berhati-hati) kerana banyak saja artis yang ulang pakai baju pereka. Saya sendiri pernah ulang pakai baju artis lain tapi mereka tidak cakap apa-apapun. Bagi saya, tak perlu perbesarkan isu yang kecil,” jelasnya..

Nampak netizen pun banyak yang hencap Lana, bagi dorang Lana tu hanya nak cari publisiti murahan.. Dorang pun sempat memuatnaik gambar baju artis yang dipakai artis lain..

Sebenarnya baju kahwin Fouziah Gous pun pernah dipakai oleh pelakon Fatiya Latiff.. Tapi, tak ada pun bising-bising atau terkilan bila Fatiya pakai baju yang sama.. Lana tu ja saja dok perbesarkan masalah..

Hmm.. mungkin sebab Lana ni tengah pregnant.. Itu yang senang sentap dan cepat touching kot.. Miss A pun baru tahu artis pun dok recycle baju..

Iyalah dorang dok pakai baju tak penah la pulak dok belek satu-satu baju dorang.. Tu yang tak perasan.. Korang ni je, kalau artis pakai baju sama laju je nak tegur..hahaha.. Miss A/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *