Pembangkang bersedia untuk taja debat 1MDB.. – Saifuddin Abdullah

Pakatan Harapan (PH) bertegas mahu meneruskan debat 1MDB bersama presidennya, Arul Kanda Kandasamy walapun sesi yang dijadualkan Tony Pua menjadi pembahas digantikan dengan calon lain.

Menurut Ketua Sekretarian PH, Datuk Saifuddin Abdullah, PH komited meneruskan debat dengan mencari calon lain bagi menggantikan Pua yang mempunyai jawatan dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Tambahnya, jika Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang sebelum ini menawarkan untuk menjadi penyiar program debat tersebut membatalkan tawaran kerana Pua digantikan oleh calon lain, PH akan berusaha untuk mencari syarikat penyiaran yang sudi menyiarkan program debat ini.

“Tidak timbul masalah… Ia tak semestinya disiarkan oleh RTM, kita sudah ada perancangan lain,” kata Saifuddin.

Persoalannya…. adakah PH akan membayar hak penyiaran kepada syarikat penyiaran untuk program tersebut disiarkan secara langsung pada Jumaat ini, sekiranya RTM membatalkan tawaran untuk menjadi penyiarnya??

Dalam masa sama, Saifuddin memberitahu PH telah mempunyai nama pengganti Pua dan nama pengganti Pua itu akan diumumkan pada pagi Jumaat ini.

“Kita sudah ada satu nama dan nama itu akan dirujuk dalam Majlis Presiden malam ini. Jadi esok kita akan umumkan pada jam 11.30 pagi di Parlimen,” katanya.

Siapakah pengganti Pua yang kononnya akan memanaskan lagi arena politik di negara ini??? Adakah Presiden Amanah, Mohamad Sabu?? hahaha. Sudah pasti bukan Mat Sabu yang akan menggantikan Pua.

Menurut khabar angin, Pua kemungkinan besar bakal digantikan dengan Rafizi Ramli mahupun Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Walau bagaimanapun kita tunggu sahaja keputusan rasmi PH untuk menggantikan Pua yang telah kehilangan ‘telornya’ nya.- Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *