Pengacara TV kena pukul dengan boyfriend sampai lebam.

Amboi! Amboi! Amboi! tak kahwin lagi pun dah berani dok naik tangan kat perempuan.. Kalau dah kahwin nanti tak tahu la boleh buat apa lagi.. Itulah perkara yang dah berlaku pada Shenty Feliziana iaitu hos program HLIve kat Astro..

Dia dah kena pukul dengan seorang pelakon iaitu Syazwan Zulkifli, nak tahu sebab apa dia kena pukul? Mulanya dorang ni dok bincang pasal arah tuju hubungan dorang, masih dalam fasa orang bercinta la dorang ni.. Mungkin ada berlaku salah faham, Syazwan ni dah naik tangan pada Shenty..

Yang Miss A tak tahan tu, Syazwan ni boleh pulak selamber je macam tak ada buat apa-apa.. Lepas dia debik Shenty tu, tak berapa lama lepas tu Syazwan muatnaik gambar Shenty meluahkan rasa rindu pada wanita tersebutdi laman Instagramnya.. Memang Syazwan ni jenis kaki pukul perempuan agaknya, dah pukul orang boleh pulak buat macam tak ada apa-apa yang berlaku..hmm..

“Benar, dia sudah mengasari saya. Pada awalnya, kami hanya nak berbincang mengenai lanjutan hubungan kami. Saya rasa perbalahan antara kami jadi agak tertekan… dan ketika itulah dia mula naik tangan. Cukup setakat itu yang saya boleh kongsikan,” jelas Shenty..

Shenty dah pun buat laporan di Balai Polis Kuang, Selangor atas faktor keselamatan diri lepas dia kena pukul tu.. Menerusi gambar yang tersebar, teruk jugak muka Shenty ni kena pukul tau! Maklumlah dah tenaga lelaki yang pukul, mesti la teruk kan..

Apapun, lepas tu Shenty ambil keputusan tarik balik laporan polis yang dibuat atas beberapa sebab, antaranya sebab hal kesihatan melibatkan bapa Syazwan yang menghidap penyakit jantung.. Shenty tak nak tambahkan beban buat keluarga Syazwan.. Shenty pun dah maafkan perbuatan Syazwan..

Untung la ko Syazwan pukul perempuan hati lembut, kalau kena orang lain.. Memang dah tak tarik balik dah laporan polis tu.. Suka hati ko je nak pukul anak orang, nampak benor panas barannya tu.. Miss A/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *