Penyokong Mahathir makin sasau bila Najib masih kekal jadi PM.

Jika nak dibandingkan dengan penyokong pembangkang dan penyokong taksub Mahathir, kedua-duanya langsung tak ada beza. Kedua-dua kumpulan ini mempunyai mentaliti yang sama iaitu sangat taksub dan juga menolak segala fakta yang diberikan hanya semata-mata mahu menang.

Cuba lihat penyokong Anwar Ibrahim, mereka seboleh-bolehnya menolak perbuatan sumbang Anwar walaupun telah dibuktikan didalam mahkamah berserta segala macam bahan video serta sampel yang menunjukkan Anwar bersalah.

Begitu juga dengan penyokong Guan Eng serta Lim Kit Siang, kumpulan itu hanya mahukan kuasa memerintah negara walaupun mereka tahu untuk memerintah sebuah negeri pun Guan Eng tak mampu dan menipu merata-rata.

Samalah dengan penyokong Mahathir yang mahukan Najib letak jawatan kononnya mempunyai skandal penyelewengan serta sangat zalim pada rakyat. Mereka lupa untuk membandingkan diantara zaman pemerintahan Mahathir dan juga Najib, siapa yang lebih zalim dan juga banyak mempunyai skandal penyelewengan.

Sekarang ini penyokong Mahathir meroyan apabila seorang pemimpin wanita Umno yang berjiwa Mahathir dipecat atas kesalahan memburukkan Perdana Menteri dan juga menjatuhkan imej Presiden Umno. Kata mereka, Najib sangat zalim dan tidak demokrasi!

Penyokong-penyokong Mahathir ini lupa bahawa Mahathir lebih zalim kerana telah “memecat” berjuta ahli Umno pada tahun 1988 melalui pengharaman Umno. Ini semua terjadi kerana usaha Mahathir bersama 10 kawannya menjatuhkan Presiden parti melalui Mahkamah.

Pentaksub Mahathir juga lupa bahawa Mahathir juga pernah memecat beratus-ratus ahli Umno apabila terdapat usaha menjatuhkan Presiden parti pada tahun 1998. Ketika itu, kemarahan ahli Umno terhadap Mahathir memuncak apabila Anwar dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Berbanding dengan Najib yang ketika ini menjadi Presiden Umno serta Perdana Menteri Malaysia, hanya seorang saja yang dipecat kerana “berada di pentas pembangkang” berbanding ramai-ramai kumpulan yang bersama Mahathir untuk menggulingkan kerajaan Malaysia.

Orang yang berakal dan mampu berfikir tentu tahu dan mampu menilai siapa yang lebih berdemokrasi serta siapa yang lebih zalim disini. Hanya penyokong taksub pemimpin tertentu yang mempunyai kepentingan peribadi sahaja yang menafikan segala fakta yang diberikan.

Susah sebenarnya untuk melayan karenah penyokong-penyokong taksub ini semua. Kita ambil contoh IPP yang menjadi kontroversi sekarang ini. Jika tak dijual, mereka akan tuduh berbillion duit tersebut masuk kedalam poket Perdana Menteri. Kalau dijual kepada GLC pula akan didakwa kerajaan guna wang rakyat untuk bailout kroni.

Tapi bila dijual kepada syarikat luar, penyokong taksub Mahathir akan kata Kerajaan menjual maruah dan kepentingan negara! Apakah kegilaan yang cuba dilakukan oleh puak-puak tersebut? Apakah mereka sengaja mahu menghasut rakyat menjadi gila atau mereka semua yang sebenarnya sudah gila? – Big B/Utaranews.com

One thought on “Penyokong Mahathir makin sasau bila Najib masih kekal jadi PM.

  • 27/11/2015 at 5:18 am
    Permalink

    Pendapat saya sebagai rakyat, Najib lebih mesra rakyat, dan dialah yg patut disokong. Penentang2 beliau lebih bersifat membela kroni. Ini x baik untuk rakyat dan negara.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *