Portal pembangkang jadikan Gani Patail “mangsa” baru untuk kutuk kerajaan.

Portal pembangkang dilihat cuba mengelirukan rakyat apabila mengeluarkan artikel kononnya bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, didalam keadaan sihat dan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan.

Mereka mendakwa kesihatan bekas peguam negara itu terbukti apabila beliau mampu menghadiri satu forum Sosma yang diadakan semalam.

Portal pembangkang juga dilihat berniat jahat kerana cuba memburukkan kerajaan kononnya menyingkirkan Gani Patail yang dilihat sihat dan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan.

Gani yang menjawab pertanyaan media dalam majlis tersebut mengakui bahawa dirinya sihat dan masih mampu membuat kerja seperti melayan cucunya selepas direhatkan.

“Saya ok, saya menjalani rawatan dialisis 3 kali seminggu… masih membaca dan melakukan beberapa kerja lain termasuk melayan cucu-cucu saya..” kata Gani kepada media.

Kenyataan Gani itu dijadikan modal portal pembangkang sebagai isu kononnya beliau disingkirkan kerana ada ‘sesuatu’ yang disembunyikan kerajaan.

Persoalannya.., adakah dengan melakukan rawatan dialisis sebanyak 3 kali seminggu masih dikatakan sihat dan masih mampu melakukan urusan kerja di pejabat? Tidakkah dengan keadaan tersebut dan masih kekal berkerja, ianya akan mengganggu prestasi pekerja kerana terpaksa mengambil cuti atau masa sebanyak 3 hari seminggu untuk melakukan rawatan?

Oleh yang demikian, menamatkan perkhidmatan Gani sebagai Peguam Negara adalah tepat bagi memberi masa untuk beliau berehat dan menumpukan rawatan terhadap sakit yang dihadapinya itu.

Takkan nak tunggu sakit sampai terlantar baru nak tamatkan perkhidmatan dan baru pihak-pihak pembangkang dapat menerima alasan perkhidmatan ditamatkan diatas faktor kesihatan?? – Utaranews.com

One thought on “Portal pembangkang jadikan Gani Patail “mangsa” baru untuk kutuk kerajaan.

  • November 5, 2015 at 1:20 am
    Permalink

    Pembangkang ni semakin hari nampak semakin bodoh. Ini la akibatnya bila kepala keretapi macam apek rasis kit sial dan mamak kerala dah ketandusan idea. Balik2 nak menghasut ala era 20-30 tahun dahulu. Gerabak2 bodoh banggang pun jadi pak turut.
    Sudah tiba masanya kit sial dan maddey yang dah tua nyanyok tu berambus dari dunia politik. Politik gaya menghasut dan menyebar kebencian adalah amalan 2ekor berok tua ni yang diturunkan kepada penyokong2 masing2!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *