Rakyat Sabah takkan maafkan pengkhianat seperti Nurul Izzah

Timbalan Menteri Kerja Raya, Rosnah Abdul Rashid Shirlin menegaskan bahawa tiada maaf bagi Nurul Izzah Anwar atas perbuatan terkutuknya bertemu dengan anak pengganas Sultan Sulu, Jacel Kiram. Rosnah juga tidak menyalahkan rakyat Sabah jika mereka juga turut tidak mahu memaafkan Nurul Izzah.

Perbuatan Nurul Izzah yang bersetujuan mengadakan pertemuan dengan anak pengganas yang mencerobohi Lahad Datu, Sabah pada tahun 2013 dianggap sebagai satu penghinaan kepada rakyat Sabah.

Tergamak sungguh Nurul Izzah bertemu dengan anak perempuan pengganas tersebut semata-mata demi kepentingan untuk meraih sokongan bagi membebaskan ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sekarang ini betapa di penjara Sungai Buloh atas kesalahan meliwat.

Tindakan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu telah mengguris hati dan perasaan rakyat Sabah terutama sekali keluarga mangsa yang terkorban dalam  pencerobohan di Lahad Datu. Bukan sahaja rakyat Sabah, tapi seluruh rakyat Malaysia turut terkesima dengan tindakan selamba Nurul Izzah itu.

“Secara peribadi, saya tidak akan melupakan kejadian di Lahad Datu.

“Ramai yang kehilangan orang tersayang dalam kejadian ini. Keluarga kehilangan pencari nafkah, isteri kehilangan suami dan anak kehilangan bapa. Adakah kejadian ini boleh dilupakan?,” kata Rosnah.

Kalau iye pun nak berkorban demi ayah tersayang, tak kan la tergamak nak guna cara kotor bagi membebaskan orang tua banyak penyakit tu. Tapi nampaknya Nurul Izzah ni terlalu lurus bendul, kalau tidak takkan la dia terdesak sangat nak minta bantuan anak pengganas.

“Saya sayangkan ayah tetapi saya tidak sanggup berjumpa dengan pengganas,” kata Rosnah.

Namun apa yang pasti, rakyat Sabah tidak akan pernah memaafkan dan dengan mudah melupakan perbuat hina yang dilakukan Nurul Izzah. Walaupun Nurul Izzah sudah meminta maaf tapi tiada maaf bagimu, kata Rosnah.

“Memang mudah meminta maaf dan mengharapkan orang melupakan perbuatannya.

“Dia tahu siapa Jacel Kiram dan peranan ayahnya dalam insiden di Lahad Datu. Izzah sudah dewasa dan tahu akibat daripada perbuatannya itu,” kata bekas Ketua Puteri UMNO itu.- TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *