Tak Beri Nafkah, Awie Jawab Di Akhirat Nanti-Rozana Misbun

Baru-baru ini, Rozana Misbun ada buat permohonan nafkah anak-anaknya pada Awie.. Tapi, permohanan tu dah dibantah oleh Awie.. Menurut Awie, dia percaya Rozana buat permohanan nafkah anak-anak sebab cuba untuk mensabotaj dirinya yang tengah sibuk dengan persiapan konsert Wings 30 Tahun..

Bagi Awie, Rozana tak ada alasan kukuh untuk buat permohonan tersebut.. Hmm.. pelik jugak Miss A, nafkah anak-anak ada kaitan dengan konsert Wings ke? Bukan ke memang tanggungjawab bapa untuk beri nafkah pada anak-anak? Tak perlu ada alasan untuk beri nafkah anak..

Rozana tampil memberi sepatah dua kata buat Awie, yang Miss A rasakan agak makan dalam bila Awie minta Rozana bagi alasan kukuh untuk minta nafkah anak..

“Kalau dia tak nak bagi (nafkah anak) saya reda, tetapi dia jawablah di akhirat nanti,” katanya..

Dalam tuntutan Rozana, dia minta Awie untuk membayar nafkah bulanan, perayaan, tempat tinggal, persekolahan dan kos pembantu rumah untuk dua anak hasil perkahwinan dorang iaitu Putra Ahmad Rezzki dan Puteri Qasseh Antasha yang di bawah jagaannya..

Lepas satu, satu kes dorang ni.. Hari tu pasal kes cerai.. Dah setel kes cerai timbul isu nafkah pulak.. Kalau suami isteri nak cerai, ikut korang la.. Tapi, jangan libatkan anak-anak, jaga lah kebajikan anak-anak.. Miss A/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *