Tikus cemari periuk nasi di Restoran melayu.

Muncul lagi pengusaha kedai makan yang tak tau jaga kebersihan ‘sebetul-betulnya’! Korang tengok la gambar di atas tu pinggan yang digunakan untuk ceduk nasi dicemari dengan tikus dok menjamah lebihan nasi di pinggan tu!

Tau-tau aje la tikus ni kan suka sangat pi tempat-tempat kotor macam longgakan sampah yang berbau ‘semerbak’ tu. Kalau tikus ni dah mencemari makanan korang semestinya dah tanak makan makanan tu dan rasa kotor kan??

Macam kes ni jugak la.. Pinggan tu dicemari air liur tikus, and then diceduk nasi pulak menggunakan pinggan yang sama untuk pelanggan! Tak ke amat menjijikkan! Ni berlaku di Restoran Azhar Maju Dataran Senawang, Seremban.

Ada salah seorang pelanggan kedai tu sempat snap tikus tu dok baik punya menjamah lebihan nasi di pinggan tu. Lepas tu dimuatnaik di laman sosial untuk kongsi dengan orang lain..

Diharap kepada yang suka pi ke restoran tu supaya berhati-hati ye. Ni bukan nak melingkup kan perniagaan orang ke apa kan tapi sebagai pelanggan ada hak untuk mendapat makanan yang bersih dan selamat di makan, bukan cenggini caranya!

Tu baru seekor, entah ada berapa banyak lagi yang ada tu di restoran tu kan? Sebelum nak berniaga tu pastikan tempat tu bersih dari segala ‘kekotoran’, baru pelanggan rasa selamat nak menjamu selera. Kalau ini la caranya, tak lama lagi tutup la.. MissHana/Utaranews.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *