Trend Berniqab Dengan Seluar Ketat Berleluasa di kalangan umat melayu.

Bila berniqab menjadi satu trend bukan mengikut aturan Ilahi, ni la jadinya. Orang yang berniqab selalunya ada tujuannya, antaranya tu seorang muslimah yang berniqab untuk menjaga diri dia dari menjadi perhatian.

So, berniqab ni bukan fesyen untuk tampak cantik tapi ditutup litup supaya tak jadi fitnah dek dilihat rupanya yang cantik dan betul-betul nak menjaga aurat.

Tapi zaman la ni ramai yang suka menterbalikkan semuanya ye tak. Ikutan fesyen la kononnya..

Macam diorang diatas tu berniqab, lepas tu berseluar ketat pulak. Mesti orang akan pandang serong. Yola sebelum ni kalau orang pakai niqab ni berpakaian yang longgar tak menampakkan susuk badan. Diorang pulak nak ‘modenkanya’, tak sesuai la dengan imej cenggitu..

Korang kalau nak moden kan sesuatu tu pun berpada-pada la ye, jangan buat sesuatu menjatuhkan imej cenggini. Bagi yang suka mengikut trend tu pulak berhati-hati nak mengikut, tengok fesyen tu sesuai ke tak nak diikutkan! MissHana/Utaranews.com.

One thought on “Trend Berniqab Dengan Seluar Ketat Berleluasa di kalangan umat melayu.

  • 28/11/2015 at 3:13 am
    Permalink

    depa pedulik apa.. sebab bila berniqab boleh merendek berduaan, tengok wayang atau pi disko ka.. mak bapak pun tak kenal sebab pakai niqab.. ni yang aku nampak bab 'advantage' pakai niqab… orang kampung tak kenai… bukan sebab agama sangat.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *