Wakil Amanah di Selangor kecil hati dengan DAP.

Menurut Pemimpin Amanah Selangor, Saari Sungib, Amanah tidak berkecil hati dengan rancangan DAP yang mahu bertanding di 8 kerusi milik Pas di Selangor dan tidak mengetahui sebab mengapa DAP mahu bertanding di kerusi.

Saari berkata, Amanah tidak berkecil hati jika tidak diberi peluang untuk bertanding kerana Amanah kini lebih fokus untuk mengukuhkan jentera parti terlebih dahulu, apabila Amanah dah kukuh barulah Amanah fikirkan langkah untuk bertanding.

“Kita tidak bincang mengenai pengagihan kerusi kerana prisip kita sekarang ialah mengukuhkan Pakatan Harapan di Selangor, jenter kita, menguatkan struktur jentera dan kewangan itu agenda kita kini. Namun belum ada perbincangan dan kita tidak tahu. Kita hanya tahu berkenaan hal itu melalui kenyataan media semalam.

“Kita tidak kecil hati kalau dibanding apa yang dilalui semasa Pas dan dilabel, jadi perkara itu tidak ada apa. Yang penting kita yakin dan sudah bersedia daripada segi mental iaitu untuk merealisasikan matlamat Pakatan Harapan ditubuhkan untuk kebaikan rakyat Malaysia,” kata Saari.

Mulut kata lain, hati kata lain… kalau dah rasa kecil hati dengan tindakan DAP berterung terang aje lah.. tak payah nak bertolak dalih lagi.

Dengan tindakan DAP mahu bertanding di semua kerusi Pas di Selangor, takkan Amanah yang merupakan parti itu tidak berkecil hati dengan tindakan DAP yang memperkecilkan keupayaan Amanah untuk memenangi kerusi.

Memanglah Amanah baharu ditubuhkan, tapi apa salahnya jika letakkan beberapa pemimpin Amanah di kerusi tersebut. Ke Amanah redha je dipergunakan oleh DAP?? Al-maklumlah, Amanah ni parti suruhan. Apa yang disuruh pasti di iyakan sahaja.- Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *