Wanita tertembak mati suami ketika bergurau manja

Di Hermosillo, Mexico, bergurau manja-manja membawa musibah kepada seorang wanita tak tersengaja menembak suami dia semasa bergurau sambil mengacu pistol ke arah suami dia menyebabkan kematian.

Masa kejadian berlaku, Rosa Isela Contreras Leyva, 41 terjaga dari tidur selepas suami dia, Abel Tarango Avitia, 54 yang mabuk pulang ke rumah pada jam 3 pagi (waktu tempatan).

Kemudia Isela ni marah la suami dia kata jangan buat bising, yang si suami pun dalam keadaan tak dapat berfikir secara waras mengeluarkan pistol dan mengacu pistol ke arah Isela sambil bercakap kata dia adalah ketua di rumah tu.

Isale bagitau polis, suami dia seorang yang berhati-hati dan sentiasa pastikan pistol milik dia tak ada peluru. Disebabkan tu dia yakin la tak ada peluru bertindak rampas pistol tu dan terus acu ke arah suami dia.

Menurut Isela, dia hanya nak bergurau dengan suami dia dan rasa lawak bila dia tengok suami dia dalam ketakutan. Tapi bila dia menarik picu pistol tu terkejut la senjata tu meletup.

Tembakan tu menembusi tekak suami Isela menyebabkan dia rebah dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan. Isela kini ditahan dan akan berdepan dakwaan membunuh.

Nak drama aksi pun sampai tumpah darah betul-betul, nak menyesal pun dah ta guna lagi. Tu la pistol betul dibuat main-main, ni lah padahnya. Nak bergurau pun tak kena gaya. Tak pasai-pasai akan meringkuk dalam penjara pulak nanti. Hhhhuhhuu…MissHana/Utaranews.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *