Zahid Hamidi dituduh beli Ijazah Doktor Falsafah.

Benarkah dakwaan beberapa pihak terutamanya dari pihak pembangkang bahawa Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membeli Ijazah Doktor Falsafah (PHD) kerana kajian tesis Menteri Dalam Negeri itu tidak pernah diterbitkan.

Seperti sedia maklum, dakwaan dari pihak pembangkang itu sengaja mahu memburukkan imej Timbalan Perdana Menteri itu kerana dakwaan itu tidak benar sama sekali.

Zahid yang berucap merasmikan Majlis Persidangan Buku Antarabangsa dan Ekspo Buku Malaysia 2015 menjelaskan bahawa tesis PHD nya tidak diterbitkan kerana mendapat nasihat daripada penerbit supaya tidak diterbitkan kerana belum layak dijadikan bahan ilmiah.

Tambah Zahid, malah kajian yang dibuat ketika mengambil PHD itu tidak lagi relevan untuk diterbitkan pada masa kini.

“Saya tidak pernah membeli ijazah Doktor Falsafah (PHD). Saya lakukan kajian sendiri tetapi saya rasa malu untuk terbitkan sebab kajian saya tidak begitu relevan dalam keadaan sekarang,” kata Zahid.

Dalam masa sama, Zahid turut menjelaskan tesis yang dibuat bagi mendapatkan ijazah PHD adalah mengenani sistem Komunikasi Konvensial yang dijalankan ketika era pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kajian saya lakukan berdasarkan kepada sistem Komunikasi Konvensional di mana ianya berdasarkan kajian terhadap media cetak di dalam lima kali pilihan raya di zaman era bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah memimpin negara selama 22 tahun,” katanya.

Jadi dengan kenyataan dari Zahid ini dapat menjelaskan bahawa PHD yang diperolehinya bukan adalah hasil usaha kajiannya sendiri. Diharap juga dengan kenyataan Zahid ini dapat menutup mulut pihak yang mempertikaikan PHD yang diperolehi Timbalan Perdana Menteri itu. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *