Betulkah Yuran Pengajian di Universiti tempatan akan dinaikkan?

Bila kerajaan menaikkan harga sesuatu barangan atau perkhidmatan, pasti media pro pembangkang memainkan isu terbabit berhari-hari sambil menuduh kerajaan akan menaikkan lagi harga barangan dan perkhidmatan yang belum dinaikkan.

Sebagai contoh dengan kenaikan harga tiket pengakutan awam LRT, ERL dan komuter yang sudah lama tidak dinaikkan walaupun sering ditambah baik faslitinya. Kini media pro pembangkang menuduh kerajaan bakal menaikkan pula yuran pengajian di Universiti.

Walau tuduhan itu dibuat oleh media pro pembangkang bagi memburukkan imej kerajaan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tampil menjelaskan bahawa tuduhan media pro pembangkang tersebut adalah tidak benar.

Menurut Najib, kerajaan tidak sama sekali akan menaikkan harga yuran pengajian walaupun ia sudah lama tidak dinaikkan semenjak beliau tidak memangku jawatan perdana menteri.

Jelas Najib, kerajaan tidak akan menaikan yuran pengajian kerana kerajaan prihatin dan mahu melahirkan rakyat yang berpendidikan baik di negara ini.

“Yuran universiti di Malaysia tidak pernah dinaikkan sejak dari dulu lagi bagi membolehkan rakyat dapat pendidikan yang baik.

“Yuran Universiti tak naik sebab apa?.. Sebab kerajaan nak pastikan dapat menyediakan kualiti pelajaran dan kemudahan pelajaran yang terbaik, modal insan yang tajam, minda yang tajam dan hati akhlak baik.

“Dan yang penting bagaimana generasi muda mainkan peranan apabila mereka ambil alih kepimpinan negera,” kata Najib dalam Majlis Perasmian Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Dengan penjelas daripada Najib ini, diharap rakyat tidak mudah percaya dengan media pro pembangkang yang menakutkan rakyat dengan menuduh yuran pengajian akan dinaikkan oleh kerajaan. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *