Dua lelaki menyamar Polis untuk samun warga asing

Miss minta korang di luar sana itu berhati-hati lah ye.. Baru-baru ini dua lelaki yang dipercayai menyamar jadi polis.. Lepas itu nak menjatuhkan imej polis, dua penyamun itu pergi samun warga Myanmar di Jalan Sentosa, Larkin semalam..

Difahamkan, kejadian itu berlaku di rumah mangsa.. Dua penyamun itu datang rumah mangsa dan mengaku pula diorang polis, lebih teruk itu siap tunjuk kad warna merah dekat dua orang mangsa itu..

Kad merah apa yang ditunjukkan itu! Kemudian penyamun itu bertindak memukul kedua-dua mangsa dengan sebatang kayu sambil mengarahkan dua mangsa mengeluarkan passport..

Tetapi perbuatan diorang disedari orang awam kat situ dan bertindak melaporkan ke polis.. Lima anggota ronda bermotorsikal segera ke tempat kejadian selepas mendapat maklumat.. Tindakan cepat polis ke tempat kejadian, dua mangkuk ayun akhirnya kena tangkap..

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh, pihak polis merampas kayu yang digunakan untuk memukul mangsa, sekeping kad kuasa polis atas nama seorang suspek dan juga motorsikal..

Hasil siasatan mendapati dua penyamun itu ada rekod jenayah lampau dan positif dadah jenis Amphetamine.. Kini dua mangkuk ayun itu kena tahan untuk dikenakan tindakan lanjut. – MissHana/Utaranews.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *