FAM jadi punca Bolasepak Negara jatuh ke lembah hina.

Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN_ Lim Teong Kim sebelum ini membuat kritikan terhadap barisan jurulatih bolas sepak negara mengalihkan kritikan tersebut kepada pemimpin Persatuan Bolasepak Negara (FAM).

Menurut Teong, pembangunan bola sepak negara ini tidak akan membangun selagi pemimpin FAM masih hidup di dalam zaman batu dalam dunia yang serba moden kini.

Teong berkata, FAM tidak pernah mengambil serius mengenai pembangunan bolasepak walaupun disuarakan barisan jurulatih untuk membangunkan bolasepak ke persada dunia, malah masih mengamalkan sistem zaman batu.

Apa yang dilakukan FAM hanyalah mendengar dan masih di takuk zaman batu yang tidak bersungguh-sungguh untuk membantu membawa pembangunan bolasepak di negara ini.

“Pelbagai generasi jurulatih pernah bermain untuk negara dan ada yang masih berkhidmat dengan negara sekarang. Tanya mereka bagaimana cara latihan dulu dan sekarang adakah sama?

“Sebab itu saya katakan kalau guna kaedah lama, sukan kita tidak ke mana. Masih zaman gua dan bagaimana sukan bolasepak kita nak naik.

“Benda ini bukan baru, Fam tahu dan dah lama tahu. FAM tahu tetapi tidak ada semangat nak buat. Itu yang saya boleh beritahu, mereka tak peduli dan tak semangat,” kata Teong.

Selain itu, Teong turut mendakwa FAM terlalu berlembut dengan pemain bola sepak negara apabila terlampau memberi kebebasan kepada pemain sehingga pemain tidak mempunyai disiplin yang tinggi di dalam diri.

“Bola sepak bukan sahaja boleh menang tetapi jika kita didik pemain dengan bagus atau jika dididik menjadi liar, jadi liarlah mereka,” katanya.

Apa yang dikatakan oleh Teong ada kebenarannya…jika dilihat pengurusan FAM kita dapat melihat pengurusan yang dilakukan badan induk bola sepak negara itu masih mengamal pengurusan di zaman batu. Sebagai contoh jadual perlawan liga pada tahun ini yang dijalankan pada bulan Ramadhan..

FAM juga tidak memberi fokus untuk membangunkan pembangunan bola sepak negara yang semakin hari semakin menurun ranking pasukan bola sepak negara… apa yang mereka fokuskan adalah mencari dana untuk persatuan tersebut dengan meragut hak-hak persatuan bola melalui hak penyiaran liga-liga di Malaysia.- Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *