Hajat Tauke untuk arwah Pak Yus yang tak kesampaian.

Walaupun Pak Yus sudah pun meninggalkan kita, sehinga ke hari ini pelawak itu masih memberi kesan kepada industri hiburan.. Kalau dapat lihat, di laman sosial, masih ramai  yang kongsikan gambar atau video kenangan lawak-lawak Pak Yus..

Terbaru, sahabat baik arwah yang merupakan ahli kumpulan Jambu, Tauke telah pun selamat bertunang dengan kekasihnya.. Tauke akui terkilan kerana hajatnya nak menjadikan Allahyarham Pak Yus sebagai pengapitnya tak kesampaian..

Hajat Tauke untuk menjadikan Pak Yus sebagai pengapit di majlis perkahwinanyanya pernah disuarakan pada Pak Yus beberapa bulan yang lalu..

“Saya terkilan apabila hajat untuk lihat Allahyarham Pak Yus untuk jadi pengapit di majlis perkahwinan saya nanti tidak kesampaian. Memang saya ada beritahu dia mengenai perkara ini beberapa bulan yang lalu.

Tapi Allah SWT lebih sayangkan dia dan saya redha dengan pemergian dia,” jelas Tauke..

Tauke akan mendirikan rumahtangga pada bulan Disember tahun hadapan.. Baru-baru ini dia telah pun mengikat tali pertunangan dengan seorang model dikenali sebagai Nadia..  Miss A/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *