Haramkan kumpulan G25 sebelum Malaysia ditimpa BALA.

Laman sosial menjadi panas apabila  kumpulan bekas penjawat awam G25 telah mengeluarkan satu permintaan yang tersangat tidak masuk akal dan bertentangan dengan hukum agama Islam. Ada ka patut nak mintak halalkan perbuatan yang jelas-jelas haram dan berdosa besar dalam Islam.

Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad mendesak dan menyarankan supaya lebih baik kumpulan G25 ini dimansuhkan sahaja daripada mengibuk dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bodoh dan tak berotak ini.

Ader ke patut kumpulan G25 ni mencadangkan supaya hukuman untuk orang berkhalwat dimansuhkan. Alasan yang dorang bagi, tak baik kacau orang sedang berkhalwat jika mereka sedang melakukan ‘projek’ sumbang mahram dan experiment memproses anak haram di rumah mereka sendiri.

Katanya dalam Islam tak pernah diajar terjah-terjah rumah orang jam 3 pagi, kacau je orang nak beromen. Haishhhhhh gila bangang betul hahaha! Kitab mana yang deni rujuk?? Hadis mana yang cakap macam tu, ada ke?? Dalam Islam buat pi la apa sahaja dengan pasangan bukan mukhrim hukumnya tetap haram dan tiada kompromi.

Menjelaskan cadangan tersebut,  jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin berkata, ‘halal’ jika pelaku berkhawat di tempat peribadi sebab itu dosa dia dengan Allah, lain la kalau kat tempat awam.

Memandai-mandai je nak halalkan benda haram, tidak bersetuju dengan cadangan tersebut Mufti Kedah menyarankan supaya mereka-mereka ini segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Insaf-insaf lah.

Adalah lebih baik jika dorang ni berpandukan kitab  Al-Quran dan Sunnah memandangkan mereka telah mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan hukum Allah SWT. Ntah ajaran mana yang dorang ikut tak tahu la.

Sebab itu la orang suruh belajar agama bagi faham Bahasa sikit, jangan jadi mangkuk hayun sangat haha! Kalau iye pun tak boleh nak dalami ilmu agama dengan mendalam, tahu hukum halal haram dosa pahala pun dah okey dah. Ini makin tua makin menjadi perangainya.-TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *