Ikut syarat DAP dulu kalau UMNO dan PAS nak berkerjasama.

Susulan kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berhubung Pas sedia memaafkan Umno bagi menjalinkan kerjasama diantara dua parti itu, pemimpin Veteran DAP Lim Kit Siang tidak senang dengan kenyataan tersebut.

Menurut Kit Siang, Takiyuddin mengeluarkan kenyataan Pas sedia memaafkan Umno sekaligus melupakan kisah lama antara dua parti itu dengan tidak menjaga sensitiviti akar umbi parti dan rakan sekutu.

Kit Siang berkata, Takiyuddin mudah berkata-kata untuk melupakan kisah lama serta memaafkan dosa yang dilakukan Umno terhadap Pas tanpa menjaga hati dan perasaan akar umbi sedangkan perkara itu tidak mudah dimaafkan oleh akar umbi.

Dalam masa sama, dengan kenyataan Takiyuddin itu, Kit Siang menggesa Pas untuk memaklumkan kepada Umno supaya memaafkan dan melupakan kisah lama terhadap dengan menggugurkan tuduhan kartunis politik, Zunar, Pensyarah Undang-undang Universiti Malaya Prof Madya Dr Azmi dan Ketua Perhimpunan Bersih Maria Chin Abdullah.

Selain itu, Kit Siang turut menggesa Umno supaya melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh sebagai tanda maaf DAP terhadap Pas yang mahu bekerjasama dengan Umno.

“Sebelum ada cakap-cakap menggesa supaya kita melupakan kisah lama untuk memaafkan segala dosa yang dilakukan kerajaan, harus ada kesediaan yang sama dan jalan penyelesaian dari pihak kerajaan untuk memperbetulkan apa yang salah.

“Saya menyokong penuh dan bersedia untuk memaafkan dan melupakan kisah lama untuk mengeratkan persahabatan, kefahaman dan toleransi. Tetapi amatlah janggal untuk memaafkan dan melupakan kesalahan itu jika Umno tidak pernah mengaku atas kesalahan yang dilakukan mereka sebelum ini,” kata Kit Siang.

Hairan apabila Kit Siang cuba mengaitkan kenyataan Takiyuddin dengan kebebasan Anwar…. Adakah Kit Siang meroyan apabila Pas dapat memaafkan Umno sekaligus menerima salam perpaduan yang dihulurkan??

Kit Siang turut menyoal Pas bagaimana parti Islam itu dapat memaafkan Umno sedangkan Umno telah mentadbir negara dengan dipenuhi skandal dan menyebabkan kesengsaraan kepada rakyat

“Bagaimana kita boleh memaafkan kerajaan sekiranya kita dihimpit berterusan dengan isu skandal dan ketidakadilan?” soalnya.

Sejauh mana tuduhan yang dilemparkan Kit Siang mengenai Umno mentadbir negara dengan dipenuhi skandal dan menyebabkan kesengsaraan kepada rakyat?? Umno begitu prihatin terhadap rakyat dengan memperkenalkan pelbagai skim untuk membantu rakyat di negara ini tanpa mengira agama dan bangsa.

Adakah dengan beberapa bantuan yang diperkenalkan kepada rakyat, kerajaan masih boleh dituduh zalim oleh Kit Siang?? Tepuk dada tanya jawapan..

Mengenai isu-isu skandal  yang melibatkan kerajaan, itu merupakan permainan harian pembangkang untuk memburukkan imej kerajaan… Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila skandal yang ditimbulkan oleh puak pembangkang dapat dibersihkan sendiri oleh kerajaan.- Utaranews.com

2 thoughts on “Ikut syarat DAP dulu kalau UMNO dan PAS nak berkerjasama.

  • 23/12/2015 at 2:29 am
    Permalink

    Lim Kit Sial dah nyanyuk…bos dia dah lama kojol…dia ni bila lagi agaknya?

    Reply
  • 23/12/2015 at 4:22 am
    Permalink

    Cakap si tua apek tu jangan kita dengar. Itulah cakap cakap dari syaitan berwajah manusia.mereka benci bila umat Islam bersatu…kerana dengan teguhnya Islam di malaysia ni dengan sendirinya syaitan tidak dapat bermaharajalela….lagi

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *