Ini jawapan Dato Vida terhadap kutukan Fizo Omar

Memang Miss A respek la dengan pengasas produk kecantikan ‘Qu Puteh’ iaitu Datuk Seri Vida.. Walaupun sering kali menerima kritikan, Datuk Vida masih lagi tenang menghadapinya.. Sebelum ini, Fizo Omar mendakwa tweet yang ditulis tak dituju pada Datuk Vida..
Namun, penonton Gegar Vaganza memang dapat meneka Fizo cuba untuk memerli Datuk Vida.. Wei datuk Vida habis juta-juta ringgit kot taja program itu.. Memang layak la muka dan produknya selalu ‘interframe’ rancangan itu..
Mula-mula memang ramai orang ‘annoying’ dengan Datuk Vida, tetapi lama kelamaan, GV2 dah menjadi semakin meriah dengan gelagat dan teletah Datuk Vida.. Datuk Vida sedar dengan tweet Fizo, tetapi dia tak ambil kisah dengan kritikan yang diterima.. Semua kritikan akan ditelannya..
“Pada malam Ahad lalu selepas berakhirnya konsert Gegar Vaganza, seorang rakan telah menunjukkan kepada saya entri tersebut ketika majlis sidang media. Tetapi saya kata kepada rakan tersebut, mungkin ia bukan untuk saya. Tetapi, kalau benar pun ia ditujukan untuk saya, saya tidak kisah. Lagipun saya sudah lali dengan kritikan. Saya telan semuanya.
Nawaitu saya cuma satu…Saya hanya ingin berniaga dan mempromosikan produk saya. Saya dan produk tidak dapat dipisahkan. Biar apa pun orang kata tentang saya, itu adalah diri saya. Jika orang faham tentang perniagaan, dia akan faham juga tentang strategi orang berniaga.
Saya sudah lama berniaga. Alhamdulillah produk saya laris selepas saya ubah cara promosi. Sambutan terhadap produk Pamoga dan Qu Puteh juga luar biasa. Jika mahu berjaya, kita peru sentiasa tampil dengan kelainan dan berani membuat perubahan,” katanya..
Bukan Fizo je yang pernah mengkritik Datuk Seri Vida, ingat lagi tak korang pasal Chef Wan tak tengok AJL29 sebab jelak dengan iklan yang banyak dari ‘Qu Puteh’? Haa.. dah banyak dah kritik Datuk Vida dapat, tetapi dia tetap cool.. Nak berjaya bukan mudah.. Miss A/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *