Jins Shamsudin difitnah sudah meninggal dunia.

Sebentar tadi telah viral di media sosial tentang berita kematian pelakon veteran Jins Shamsudin.. Tak lama lepas viralnya berita kematian ini, anak bongsu kepada pelakon ini telah tambil menafikan dakwaan itu..

Putera Hang Nadim akui sangat kesal dengan berita kematian bapanya yang tersebar itu.. Bila membaca berita itu, dia dan keluarga turut terkejut..

“Bapa saya masih sihat, Alhamdulillah. Lepas satu demi satu berita palsu sebegini bertebaran dan menjadi viral. Tak silap saya sudah kali ketiga berita palsu kematian bapa saya tersebar.

“Apa motif mereka buat sebegitu pun saya tak tahu? Tak tahu apa yang mereka nak dan dapat dengan menyebarkan cerita palsu. Hal kematian bukan perkara mainan. janganlah sewenang wenangnya menyebar cerita tak betul,” katanya..

Hmm.. berita palsu tentang kematian artis di alam maya memang semakin menjadi-jadi.. Miss A pun kadang-kadang naik pening.. Ingatkan berita itu sahih, alih-alih dapat berita palsu.. Soal hidup mati orang jangan dibuat main-main..

Apapun, Miss A harap keluarga Jins Shamsudin bersabarlah dengan perkara yang dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab ini.. Nak mengejar rating view yang tinggi di media sosial, sanggup untuk membuat berita palsu.. Macam-macam hal.. – Miss A/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *