Kehebatan suara Siti Nordiana melayakkannya jadi Juara #GegarVaganza2015

Siti Nordiana atau lebih manja dengan panggilan Nana menepati ramalan ramai peminat untuk menjuarai pertandingan Gegar Vaganza 2015.

Ternyata kemantapan vokal Nana ketika menyampaikan lagu dari Ziana Zain telah membuktikan bahawa beliau memang selayaknya menjadi Juara.

Nana menerima hadiah wang tunai RM 100 ribu serta pakej percutian dan rakaman album single tajaan Astro.

Walaupun sudah lama meninggalkan dunia seni suara, Nana mencuri tumpuan di pentas Gegar Vaganza 2015 dengan mempamerkan persembahan mantap setiap minggu.

Selain menerima pujian demi pujian oleh juri tetap dan juri undangan, Nana juga menerima banyak sokongan dari peminat di media sosial.

Tahniah diucapkan kepada Siti Nordiana. Semoga Nana akan terus kembali mewarnai dunia seni suara yang semakin tandus penyanyi berbakat besar seperti beliau. Tahniah juga kepada peserta-peserta lain di Gegar Vaganza 2015. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *