Lagi budak melayu perasan lebih bijak dari Doktor

Baru-baru ni tersebar satu gambar yang mengkritik jahitan doktor terhadap pesakitnya. Gambar tu dimuatnaik oleh seorang perempuan yang dikenali Miela Bedul yang ‘menghentam’ kepakaran doktor di sebuah hospital Sungai Buloh.

Minah tu kritik cara doktor jahit tu macam jahit guni aje, lepas tu dok persalahkan doktor kata tak bertanggungjawab dan makan gaji buta. Tapi biasa la orang cenggini  berkata-kata tanpa memikirkan dulu.

Main bedal aje nak hentam orang, cara pemikiran tu cetek! Selepas minah ni muatnaik status cenggini. Ada beberapa orang doktor tampil membidas balik ‘kenyataan’ Miela tu hah, biar dia membuka mata sikit!

Ni komen dari seorang lelaki yang dikenali Mahyuddin Mohamed yang mendakwa pakar ortopedik di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh. Dia mengatakan jahitan doktor yang membedah pesakit terbabit sangat baik dan betul dari segi perubatan.

“Untuk maklumat pembaca, kulit manusia di bahagian lutut agak kendur untuk membolehkan pergerakan sendi lutut. Bahagian lutut ni tak sama macam kulit di kepala atau muka.

Luka di bahagian lutut mesti dijahit menggunakan teknik ‘jahitan tilam’seperti yang dilakukan doktor tersebut terhadap pesakit gambar di atas tu.” kata Mahyuddin,

Selain tu, dia mengingatkan orang ramai jangan cepat nak menghukum kecekapan pengamal perubatan berdasarkan estetik dan hasil kerja. Ada lagi seorang doktor iaitu Aznil Hisham yang tampil bersuara.

“Kami mengutamakan komplikasi jangkitan pada luka dan juga komplikasi lain, kami nak kecedaraan tu sembuh dengan baik.” Aznil.

Hah, kan dah kena si minah ni! Tu la, lain kali jangan dok mempertikaikan lagi kerja orang sesuka hati, doktor tau la apa yang terbaik buat pesakit diorang.

Tak payah dok memandai buat andaian sendiri. Tak kan la doktor nak main-main kan nyawa pesakit pula kan. Difahamkan, selepas isu ni tersebar, Facebook Miela tu dah dinyahaktifkan. Malu la tu! MissHana/Utaranews.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *