Lelaki parah dibelasah Pondan Siam

Gara-gara menolak ajakan si pondan untuk melakukan hubungan ‘seks’, seorang pelancong warga Britian iaitu Leslie Murphy, 69 dibelasah seorang pondan. Pondan pun pandai naik hantu bila ajakan ditolak noh, ‘ganas’!

Menurut Leslie, sebelum kejadian dia ada terserempak dengan sekumpulan pondan masa berjalan seorang diri di tepi pantai Jomtien, Thailand. Ada beberapa orang pondan gatal mai dekat Leslie terus peluk Leslie sambil-sambil tu dok ajak buat seks.

Tapi Leslie ni ‘jantan sejati’ tak tergugat dengan ajakan pondan-pondan tu pun, dia terus tolak ajakan tu dan membebel marah-marah kat pondan-pondan tu sebelum blah dari situ.

Masa dalam perjalanan balik ke hotel kan, Leslie dihampiri dua pondan yang menunggang motorsikal. Salah seorang pondan tu turun dari motor dan terus belasah Leslie menggunakan helmet.

Disebabkan tu Leslie cedera teruk juga lah di muka sebelum dibantu seorang pemandu teksi dan terus pergi buat laporan polis. Agaknya Leslie ni ada mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati pondan-pondan tu kot, tu yang mai serang kan.. MissHana/Utaranews.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *