Malaysia lebih banyak PELACUR berbanding Thailand.. Apa sudah jadi??

Menurut satu laporan antarabangsa, hampir 3 juta pelancong berkunjung ke negara serata dunia hanya semata-mata untuk mencari keseronokan seks bersama wanita di negara-negara terbabit.

Malaysia tidak terkecuali dari senarai negara yang dikatakan menjadi tarikan industri seks. Lebih memalukan apabila negara Malaysia diletakkan lebih tinggi jumlah pelacur berbanding dengan negara Thailand.

Jumlah pelacur dinegara yang tersenarai ini dikatakan semakin bertambah kerana permintaan terhadap industri seks tersebut semakin meningkat.

Dibawah ini adalah senarai 10 negara yang mempunyai pekerja seks ataupun Pelacur yang tertinggi jika dinilai menurut setiap 10 ribu penduduk.

1 – Venezuela : 119 pekerja seks berbanding 10 ribu penduduk.

Ekonomi di Venezuela dilaporkan berada dalam keadaan yang teruk sehingga ia menjadi faktor utama peningkatan tiga kali ganda pekerja industri seks disana.

2 – Korea Selatan : 110 pekerja seks berbanding 10 ribu penduduk

Walaupun negara ini mengharamkan industri pelacuran serta serbuan keatas premis pelacuran dibuat, industri seks di Korea Selatan semakin berkembang kerana permintaan yang tinggi dari pelancong serta warga tempatan.

3 – Peru: 102 pekerja seks berbanding 10 ribu penduduk
Di Peru, pelacuran adalah pekerjaan yang sah disisi undang-undang negara berkenaan bagi wanita yang melepasi usia 18 tahun. Bagaimanapun, wanita yang ingin menjadi pelacur haruslah berdaftar dengan pihak yang berwajib serta mempunyai sijil kesihatan yang sah.

Bagaimanapun, pelacuran kanak-kanak menjadi tarikan utama dinegara ini sehinggakan ianya berkembang dua kali ganda berbanding yang didaftarkan.

4 – Philippines: 85 pekerja seks berbanding 10 ribu penduduk.

Negara ini terkenal dengan pusat hiburan jalanan seperti Pub dan juga Bar. Pelacur mereka juga terdiri dikalangan pelayan wanita di pusat hiburan tersebut yang mencari pendapatan sampingan dengan menjual diri.

5 – Nigeria: 63 pekerja seks berbanding 10 ribu penduduk.

Nigeria merupakan antara negara yang sangat tinggi rekod HIV. Walau bagaimanapun, ia tidak menghalang permintaan terhadap industri seks yang menjadi perhatian warga asing.

6 – China: 60 pekerja seks berbanding 10 ribu penduduk.

Terdapat laporan mendakwa 10 juta pelacur yang aktif di negara China. Malah industri pelacuran itu juga menyumbang 5 peratus kepada pendapatan tahunan negara mereka.

7 – Brazil: 53 pekerja seks berbanding 10 ribu penduduk.

Agak pelik di Brazil kerana walaupun pelacuran dianggap satu pekerjaan yang sah, tetapi ianya dianggap kesalahan untuk membuka rumah pelacuran ataupun menggaji pekerja pelacuran disana. Ini bermakna pelacur di Brazil hanya boleh berkerja sendiri tanpa sebarang premis atau “bapa/Ibu ayam”

8 – Malaysia: 52 pekerja seks berbanding 10 ribu penduduk.
Walaupun dikatakan sebagai sebuah negara Islam yang mengharamkan pelacuran, Malaysia agak terkenal dengan beberapa kawasan pelacuran khususnya ditempat-tempat tumpuan pelancong. Menariknya, pelacuran di Malaysia tidak terhad kepada warga tempatan, tetapi terdapat penawaran untuk pelbagai jenis pelacur bagi menarik pelanggan.

9 – Germany: 49 pekerja seks berbanding 10 ribu penduduk.

Pelacuran juga dianggap salah disisi undang-undang negara ini. Tetapi ia tetap menjadi tarikan utama bagi pelancong yang datang berkunjung terutamanya ke pusat-pusat hiburan malam negara berkenaan.

10 – Thailand: 45 pekerja seks berbanding 10 ribu penduduk

Thailand terkenal dengan wanita pelayan untuk pusat-pusat hiburan mereka. Bagaimanapun jumlah pelacuran di Thailand semakin menurun mungkin disebabkan ekonomi negara berkenaan yang kurang stabil berikutan pergolakan politik. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *