Mat Sabu lupa dosa bila tuduh PAS parti pengganas ISIS

Pengarah Pusat Penyelidikan Pas (PPP) Mohd Zuhdi Marzuki dalam satu kenyataan mendakwa Parti Amanah Negara (Amanah) semakin keliru dan celaru dengan tujuan penubuhannya selepas Presiden parti itu menuduh Pas sebagai agen kumpulan pengganas negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).

Menurut Zuhdi, pemimpin Amanah semakin keliru dan celaru apabila tidak mendapat sambutan daripada rakyat di negara ini atas penubuhannya, oleh demikian mereka terpaksa menuduh Pas sebagai agen ISIS untuk mendapat sokongan rakyat.

Jelas Zuhdi, pemimpin Amanah terpaksa memfitnah Pas sebagai agen ISIS semata-mata mahu meraih sokongan rakyat selepas penubuhan parti itu tidak mendapat tepat dihati rakyat sehingga hari ini.

Selain itu, pemimpin Amanah terpaksa memfitnah Pas kerana mahu memberi alasan kukuh kepada rakyat dan ahli parti itu bahawa mereka keluar dari Pas kerana mempunyai kukuh yang kuat.

Sebaliknya, Amanah tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk mereka berikan atas tindakan bodoh meningggalkan parti Pas dan alasan yang kukuh atas tindakan mereka meninggalkan Pas itu adalah mahukan sesuatu jawatan.

“Jika Pas dituduh diserapi pemikiran ISIS, mengapa pula Pas dituduh mahu bekerjasama dengan pemerintah kerana pendekatan ini jauh berbeza dengan ISIS.

“Berdasarkan paradoks kedua-dua tuduhan itu, PPP melihat kepimpinan Amanah lah sebenarnya yang semakin keliru dan celaru.

“Mereka tidak tahu peluru mana yang mahu diguna untuk menyerang Pas. Mereka juga sedang mencari alasan memberikan jawapan kepada ahli-ahli mereka yang ‘pening’ bagi mewajarkan mereka keluar dari Pas,” kata Zuhdi.

Betul jugak apa yang dikatakan Zuhdi ni… Amanah memang dilihat semakin keliru dan celaru dalam penubuhannya….Lagipun sokongan terhadap parti acuan DAP itu tidak mendapat sokongan rakyat langsung.

Oleh kerana terdesak untuk mendapat sokongan kerana pilihan raya umum ke14 (PRU14) hanya tingal lebih kurang 2 tahun lagi, pemimpin Amanah terpaksa mengambil langkah dengan memfiitnah Pas semata-mata mahu rakyat menyokong parti itu.

Apa yang dapat diperkatakan, usahlah pemimpin Amanah memfitnah Pas kerana mahu meraih undi… orang ramai sudah tahu pemimpin serta ahli Amanah keluar parti hanyalah semata-mata untuk jawatan dan habuan yang dijanjikan oleh parti cina cauvanis DAP.- Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *