Minuman FANTA ada lemak Babi???

Di laman sosial korang boleh dapat macam-macam cerita tetapi sesetengah cerita yang disebarkan itu belum tentu sahih dan benar.. Macam isu air jenama Fanta baru-baru ini lah dok heboh sakan kata minuman itu mengandungi lemak babi..

Isu ini timbul selepas satu mesej yang dikeluarkan di laman sosial yang mengatakan minuman itu ada lemak babi.. Ini ‘mesej’ yang menjadi hangat diperkatakan..

‘Kepada semua Muslim dari Mufti Rizwi. Kepada semua, jangan minum minuman Fanta yang baharu. Ia mengandungi’carcinogenic’ (E211, E224) lemak babi. Tolong jangan padam ini sehingga semua orang Muslim berkongsi maklumat ini.’

Padahal itu semua palsu! Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sendiri dah mengeluarkan kenyataan dan menafikan minuman ringan itu ada lemak babi.. Jakim dah mengesahkan minuman itu mendapat sijil halal dari pihak diorang..

Ini kenyataan dari Jakim sendiri selepas isu ini timbul..

‘Viral palsu. Penjelasan, produk minuman Fanta mendapat pengesahan halal daripada Jakim Rujuk direktori halal www.halal.gov.my untuk semakan lanjut.’

So, korang jangan mudah menuding jari dan terpengaruh dengan cerita yang belum tahu kesahihannya ye.. Dan juga jangan memandai membuat kesimpulan sendiri. MissHana/Utaranews.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *